BAB 7

Family Completed 1762

” Emillia ikhlas tuk..Emillia tidak mengharapkan apa-apa. Emillia senang menjaga atuk. Emillia tak terbeban dengan tanggungjawab ni. Emillia berjaya jadi guru pun disebabkan atuk. Atuk banyak bagi sokongan di saat Emillia ingin exam. Emillia tak akan lupa yang atuk tidak akan lari dari tikar sembahyang selagi Emillia masih tidak abis menjawab soalan exam di dewan peperiksaan. Emillia sayangkan atuk..”

Air matanya menitik sewaktu menuturkan ayat tersebut.

Entah mengapa, dia seakan tidak mahu berpisah dengan atuk walaupun hanya sebulan atuk pergi menunaikan haji. Atuk seakan ingin memberitahu sesuatu tetapi tidak diluahkan….

” atuk pergi la rehat, esok nak naik belon…”

Dia tersenyum. Atuk hanya mengangguk perlahan….

Dia terkaku saat atuk mengucup lembut dahinya! Pagi itu doanya agak panjang berbanding biasa.

Dia mendoakan kesejahteraan dirinya, kedua ibubapanya, adik beradiknya, saudara maranya.

Tidak lupa, dia mendoakan agar persaan benci yang telah la,ma bersarang dalam diri terhadap ayah saudaranya dapat dihapuskan.

Akhir sekali, doanya agar arwah atuk ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan harapanya, atuk akan bersemadi tenang di sana….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience