BAB 1

Family Completed 1762

” angah balik cepat yea…, bawak kereta hati-hati..”

Dia hanya diam seribu bahasa, tiada ayat yang mampu untuk diluahkan tika ini. Sebak dalam diri terasa amat mengcengkam perasaan. Direnung buku-buku di atas meja tulisnya satu persatu dengan perasaan yang kosong.

” Angah cuba ibu..sekejap lagi angah akan minta perlepasan daripada pihak sekolah..insya-allah..dapat”

Hanya itu ayat yang mampu untuk dia luahkan…terasa diri amat tidak mampu untuk dia berhadapan dengan situasi segenting itu.

Ya allah ! kuatkanlah semangat hambamu ini…jangan kau biarkan aku lemah menghadapi ujian darimu Ya allah…

Dia terusan berdoa..agar diberi kekuatan yang tinggi bagi menghadapi kenyataan yang paling perit untuk diterima.

” angah..dengar cakap ibu, jenazah arwah dah nak sampai..tadi, Pak ngah ngan Pak su yang ambil..angah balik sekarang yea..ingat pesan ibu..hati-hati bawak kereta dan ibu harap angah boleh bersabar..ingat allah sayang..dia lebih sayangkan arwah lebih daripada kita sayangkannya…”

Dia mendengar esakan kecil dari corong talefon..hatinya meraung mendengar penjelasan tersebut, dia menggemgam seerat yang mungkin telefon tangan miliknya agar tidak jatuh berderai menghempas lantai.

Atuk!!! Jangan tingalkan angah….atuk..angah rindukan atuk…..

Hatinya bergema menuturkan ayat tersebut…tanpa sedar, talefon tangan dimatikan.

Dia tidak mahu ada gangguan lagi, dia ingin bersendirian…mahu mengubat kepiluan hatinya sendiri…….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience