BAB 8

Family Completed 1762

Betul cakap ibu, allah lebih sayangkan atuk lebih dari dia menyayangi arwah atuk..

” Emillia …”

” yea ibu..”

” keluar sayang. Kita sarapan sama-sama. Pak Usu dari tadi tanyakan Emillia .”

Anehnya…mahu bersarapan beramai-ramai begitu. Selama ini hanya dia dan atuk di rumah tersebut.
Dia keluar dengan memakai sepasang baju kurung yang dihadiahkan atuk pada raya tahun lepas.

Tidak lupa dia memakai selendang putih dan terus menuju ke arah dapur untuk mengambil satu jag air putih untuk dibawa ke kuburan arwah atuk.

” Emillia ..nak ke mana tu? Mari la sarapan dulu. Pak Ngah tahu Emillia sedih, kalau Emillia nak menangis, Emillia nangislah. Kami semua faham perasan Emillia .”

Jangan bersuara Pak Ngah! Dia menjerit dalam hati.

” tak ada apa yang perlu Emillia sedihkan Pak Ngah. Tak ada apa yang perlu Emillia sedihkan. Emillia redha dengan pemergiaan atuk.

Sekurang-kurangnya Emillia dah laksanakan tanggungjawab Emillia terhadap atuk. Dan yang paling penting, Emillia tak hutang apa-apa dengan atuk!”

Seusai meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini, dia terus menuju ke kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah.

Lama dia duduk di kuburan atuk. Seakan tidak mahu berganjak dari situ.

Emillia redha atuk..terima kasih atas segalanya.

” Emillia ..abah bahagia sangat. Bahagia kerana ada anak macam Emillia “

Dia hanya mengangguk perlahan…dan menggemgam erat tangan abah. Mencari kekuatan di situ……

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience