BAB 3

Family Completed 1762

” Kak Long tak setuju..Angah kan nak ambik PMR tahun ni. Nanti macammana nak fokus pada exam?”

” Angah boleh ibu..Angah yakin Angah mampu jaga atuk walaupun tak sama macam arwah nenek jaga atuk”

Ibu hanya termenung mendengar penjelasan darinya. Dia tahu ibu amat berat untuk membenarkan dia menjaga atuk.

” biarlah Emillia jaga atuk..abah benarkan Emillia …”

Abah!! Suara itu tetap seperti biasa, tenang menuturkan ayat yang mendamaikan jiwa. Terima kasih abah, dia memandang wajah tenang abah yang mengukir senyuman kearahnya.

” Abang Long benarkan Emillia jaga abah kerana nak Emillia belajar tentang tanggungjawab..semoga bila Abang Long dan Kak Long tua nanti, Emillia mahu menjaga kami pula”

Pin!! Dia tersentak..lampu isyarat dah bertukar warna..dia terus membelok ke kiri menuju ke arah simpang jalan ke kampungnya…

Setahun tinggal bersama atuk banyak mengajar dia tentang banyak perkara.

Tidak dinafikan juga, dia menjadi bertambah matang dan faham dengan karenah manusia yang pelbagai ragam.

Ayah saudaranya bagaikan melepaskan tanggungjawab menjaga atuk di bahunya. Serasanya boleh dibilang dengan jari berapa kali Pak Ngah, Pak Teh dan Pak Usu datang melawat atuk.

Dalam islam sendiri ada mengatakan tanggungjawab seorang anak lelaki tidak akan hilang walaupun telah berkahwin.

Mahu mengajak atuk tinggal bersama ibu, amat mustahil kerana nenek yang merupakan emak kepada abah juga tinggal bersama.

Al-hamdulillah..abah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin kerana abah adalah anak tunggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience