BAB 5

Family Completed 1762

Ya allah! Dia memandang tajam kearah Pak Teh yang terlalu enak menuturka ayat. Kenapa salahkan atuk, Pak Teh?atuk memberi pinjam sebab sayangkan anak-anaknya walaupun semakin tak dihargai. Kenapa dengan kesemua ayah saudaranya.

Ya Allah…aku mohon Ya Allah, jangan biarkan perasaan amarah dalam diri aku menguasai diri ini..jangan biarkan aku membenci darah daging aku sendiri. Aku mohon! ” Abis tu,macammana sekarang?kami memang tak ada duit nak kasi kat abah.

Kak Long tak kan tak ada simpanan langsung?”

Pak Usu memandang ke arah ibu, ibu hanya tersenyum.

” Kak Long ada Shah…tapi untuk kegunaan keluarga sewaktu terdesak. Abang Long korang bukanya gaji besar. Bulan-bulan dapat simpan sikit aje-”

” alasan..Kak Long memang, itu la..dari dulu lagi saya tak berkenan Kak Long kahwin dengan-”

” Pak Ngah!”

Entah dari mana datangnya kekuatan diri, dia lantang memanggil nama tersebut. Semua mata tertumpu kearahnya. Dia perlahan-lahan menghampiri Pak Ngah dengan perasaan benci yang teramat.

” Pak Ngah memang tak patut cakap macam tu kat ibu. Ibu perempuan, tanggungjawab dia dah terlepas selepasa berkahwin. Itu pengetahuan asas yang perlu pak ngah tahu sebelum berkahwin. Emillia yang baru nak ambik SPM ni pun tahu. Pak Ngah tak pandai fikir ke? Kata lulusan luar negara-”

” Emillia !”

Itu suara amarah abah….

” Pak Ngah, Pak Teh dan Pak Usu kena ingat. Jika tak kerana ibu berhenti sekolah, bekerja..korang semua bukan macam ni sekarang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience