BAB 4

Family Completed 1762

Tidak ada siapa lagi yang mampu diharapkan untuk menjaga nenek selain daripada abah.

Berita yang baru dia dengar tengahari tadi juga membuatkan hatinya bertambah marah dan benci dengan sikap kesemua ayah saudaranya.

Duit kiriman yang dijanjikan untuk belanja atuk sudah tidak dikirim dengan alasan atuk menghabiskan duit tersebut untuk kegunaanya dan bukan untuk atuk.

Marah? Iya..dia sangat marah dan kesal dengan kenyataan tersebut. Lupakah mereka siapa yang menemani dan menjaga sakit pening atuk di teratak usang ini? Lupakah mereka yang abah tidak mungkin akan membiarkan dia menggunakan duit atuk…tidak mungkin!!

Melihat senyuman di bibir atuk amat mendamaikan hati..dapat mengubat hatinya yang lara tika ini.

Peperiksaan makin hampir dan dia tidak boleh membiarkan persaan amarah menguasai diri..itu pesan abah yang akan dia ingat sampai bila-bila.

Emillia berjanji atuk, akan menjaga atuk selagi hayat dikandung badan. Emillia akan pastikan yang atuk akan bahagia bersama Emillia …Itu janjinya!! ” saya tak ada duit kak long! “

” tapi Man..Kak Long bukan minta duit kau tapi minta balik duit yang kau pinjam daripada abah 3 tahun lepas. Abah nak pergi Mekah tahun ni .”

Lembut suara ibu mengubat ketegangan dalam rumah atuk. Hari ini, sekali lagi dia resah dalam perhimpunan keluarga apabila ia membabitkan soal atuk.

Dia bimbang akan hadir lagi air mata kesedihan di wajah tua tersebut. Seboleh mungkin dia tidak mahu sejarah lama akan berulang lagi.

” bisnes Man baru nak berkembang Kak Long, tak sempat lagi nak bayar hutang abah”

” Abang Ngah memang macam tu..buat bisnes tak pernah menjadi. Abah pun pelik gak, dah tau duit tu nak digunakan untuk pergi ke Mekah tapi bagi kat Abang Ngah pulak. Dah jadi macam ni, nak menyusahkan semua orang”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience