BAB 4

Family Completed 495

Siapalah kami di mata abang. Sepi dan tiada berpenghuni. Kami hanyalah
sekadar bayangan yang tidak pernah wujud lagi dalam hidup abang
sehinggakan abang sanggup membuang kami jauh-jauh.

Abang tahu tak, kehidupan ibu selepas itu tidak tenteram dengan perasaan
rindunya yang terlampau mendalam buat abang. Ibu asyik terkenang-kenang
abang sehinggakan pada 25 Ramadhan 1994 itulah ibu merayu agar Pak
Leman, sepupu arwah ayah mencarikan ibu sebuah teksi untuk ke Kuala
Lumpur bagi bertemu dengan abang. Adik tahu tujuan murni ibu adalah
semata-mata ingin menjemput abang balik berhari raya tahun ini Biasanya
pada ketika inilah ramai insan yang pulang berhari raya ke kampung
halaman tetapi malangnya ibu pula yang pergi meninggalkan kami untuk
bertemu dengan abang. Tapi abang terlalu kejam sehingga menyebabkan ibu
pulang dengan kehampaan dan penuh dengan tangisan air mata. Kami
akhirnya merayakan hari lembaran pada tahun itu sama seperti tahun-tahun
yang lepas walaupun ibu sering terbayang-bayangkan bahawa Hari Lembaran
tahun ini adalah tahun yang paling meriah sekali buat ibu. Maklumlah
anak kesayangan ibu akan berhari raya buat pertama kalinya dengan ibu
dan keluarga sejak 5 tahun merayakannya di perantauan.

Adik tahu bahawa warkah Adik kali ini memang terlalu kejam dan terlalu
perit untuk abang tatap. Bukan niat Adik untuk melukakan hati abang
tetapi Adik hanya sekadar ingin melepaskan keluhan yang seringkali ibu
hantui diri Adik selama ini. Adik tiada berniat untuk mengungkit-ungkit
kejadian itu tetapi Adik sedar bahawa Adik siapalah di dalam keluarga
Ahmad Nawab , hanya sekadar anak angkat Lainlah abang anak kesayangan
arwah abah dan juga ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience