BAB 5

Family Completed 495

Abang tahu tak? Siapa yang bersusah payah menjaga abang sewaktu abang
kecil sehinggalah mendapat ijazah. Siapa yang paling banyak bergolok dan
bergadai? Siapa yang telah menjadi mangsa keadaan???? Cuba abang
jawabkan pertanyaan ini? Adik sendiri semakin bosan dengan sikap abang.
Adik bernekad bahwa Adik tidak punya abang pun di dalam dunia ini lagi.
Abang Adik yang bernama Akmaluddin itu telah mati di luar negeri. Abang
Adik yang bernama Akmaluddin itu telah terkorban di puncak kejayaannya.
Abang Adik yang bernama Akmaluddin itu telah meninggalkan dunia
kemiskinan ini. Adik sedih. Adik Kesal. Adik kecewa.

Abang tahu tak? Sekiranya Adik dilahirkan sebagai seorang lelaki sudah
pastilah Adik tidak akan menyesali segala tindakan abang itu. Adik mampu
menanggung segala tanggungjawab ini tetapi Adik hanyalah seorang
perempuan yang lemah untuk menanggung segala tanggungjawab ini. Adik tak
layak menjadi abah dan ibu kepada Acik, Usu dan juga Adik. Adik adalah
insan yang lemah. Adik tidak berdaya.

Agaknya sememangnya takdir yang menentukan segala-galanya. Abang semakin
bongkak dengan kehidupan abang yang mewah. Kami di sini bagaikan melukut di
tepi gantang dan tiada siapa yang pedulikan nasib kami. Ibu semakin hari semakin
kurang sihat dan kestabilitas hidupnya semakin terancam serta jiwanya semakin
gundah. Abang tahu tak selepas itu, kami
kehilangan segala-galanya. Kami kehilangan ibu tempat kami bergantung
dan kami papa dalam pencarian yang masih jauh lagi.

Pagi itu, ibu menyebut-yebut nama abang di pembaringan. Nafasnya semakin
payah dan hidupnya semakin tertekan. Adik menangis semalaman
mengenangkan nasib ibu. Agaknya inilah nasib dan ketetapan yang telah
Tuhan tetapkan. Adik cuba melawan tapi Adik hanyalah sekadar seorang
perempuan dan tidak mampu untuk menangkis segala-galanya. Yang mampu
Adik lakukan adalah membacakan surah Yassin di sisi ibu. Acik, Adik dan
Usu kelihatan sayu dan sedih. Yang tidak dapat Adik menahan perasaan
hati seorang insan yang bergelar perempuan ini apabila Acik terkulai
layu di pangkuan Adik setelah melihat bagaimana siksanya panggilan Tuhan
itu. Acik terkulai bila melihat mata ibu yang tersengkang melihatkan
penderitaan kami dan akhirnya ibu telah pergi buat selama-lamanya. Usu
menjerit memanggil nama ibu. Adik bertempiaran lari keluar rumah. Di
luar raungan adik semakin galak. Adik hanya mampu mengeluarkan air mata
kesedihan dengan penuh kekesalan. Abang tidak mampu menghadirkan diri
abang dengan alasan terlalu sibuk dengan urusan perniagaan. Ya, urusan
keduniaan abang. Masa itulah Adik tahu bahawa abang Adik tidak pernah
wujud dan Adik kini menjadi ibu dan abah kepada Adik, Acik dan Usu. Adik
menangis sepuas-puasnya selepas jenazah ibu dibawa ke tanah perkuburan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience