BAB 2

Family Completed 495

Tujuan Adik melayangkan warkah ini adalah sebagai meluahkan segala isi
hati yang Adik pendam selama ini. Adik sungguh kesal kerana kelancangan
ini kerana Adik sedar bahawa kelancangan ini akan menjauhkan abang
dengan Adik serta keluarga lagi tetapi tidak mengapalah abang. Adik
ingat lagi pesan ayah yang terakhir. Wasiat ayah yang terakhir buat
Adik . Arwah abah meminta Adik menjaga ibu dan juga adik-adik Adik yang
bertiga itu. Arwah abah meminta Adik berjanji tidak akan mensia-siakan
mereka. Adik pada masa itu hanya mampu termanggu lantaran menganggukkan
kepala Adik semata-mata tidak mahu melihat arwah abah merayu-rayu dikali terakhirnya.
Adik termanggu dalam sedar bahawa Adik ini menanggung tanggungan yang maha besar
sedangkan usia Adik belum pun menjangkau 17
tahun pada ketika itu.

Hati Adik tertanya-tanya kenapa Adik yang dipinta? Kenapa tidak abang
selaku anak yang sulung? Sedangkan Adik selama ini adalah anak pungut
dalam keluarga ini yang dipilih. Kenapa Adik yang diwasiatkan bebanan
ini. Kenapa tidak abang selaku pewaris sulung Keluarga Ahmad Nawab .
Kenapa anak pungut yang tidak tahu hujung pangkalnya seperti mana yang
pernah abang lontarkan kepada Adik tempohari dulu, yang dipilihnya untuk
menanggung bebanan ini.

Abang tahu tak betapa ibu bersusah payah untuk menanggung abang di luar
negeri sehingga barang-barang kemas pusaka Opah Eton tergadai di Kedai
Leong Seng. Ibu sanggup bergadai dan menjual harta pusakanya
semata-matanya untuk melihat abang berjaya sehinggakan kerana itulah
Adik terpaksa bekerja selepas tamatnya Peperiksaan SPM Adik kerana tidak
mahu melihat ibu menderita lagi. Adik sanggup menolak tawaran ke Pusat
Pengajian Luar Negeri semata-mata tidak mahu melihat ibu menderita dan
terus menanggung penderitaan ini. Biarlah abang mendapat kejayaan abang
terlebih dahulu dan memperolehi ijazah yang abang idam-idamkan. Adik
sanggup menanti sehingga abang pulang kerana mengikut perkiraan Adik ,
sudah pastilah abang akan membantu Adik dalam menyara kehidupan Adik di
dalam kampus kelak. Tapi sayang impian dan harapan hanya tinggal menjadi
abu dan berterbangan Tiada irama yang mengundang kesedihan ini tetapi
senandung itulah yang memaksa Adik untuk terus sedar akan kedudukan Adik
dan keluarga di sisi abang. Adik dan keluarga bukan lagi menjadi
kesayangan abang. Kami telah abang ibaratkan semacam sampah yang tidak
berharga sehingga Adik teringat lagi peristiwa di pagi Hari Raya Aidil
Fitri setahun yang lepas. Ibu menitiskan air matanya mengenangkan anak
yang diharapkannya selama ini rupanya adalah pohon dedalu yang hidupnya
tidak layak untuk dikasihani sebaliknya kehidupannya hanyalah untuk
menghancurkan kehidupan insan lain. Ibu teresak-esak menangis nasib
malangnya bila abang sendiri menghalau ibu dari rumahnya pada malam 27
Ramadhan itu. Adakah dengan kesalahan terpecahkan pasu antik Kak Milla di
ruang tamu itu sehingga abang sanggup memperlakukan ibu sebagai seorang
pengemis yang boleh dihalau-halau tanpa ada sebarang kasih dan simpati
abang. Hina sangatkah ibu di mata abang? Adakah tinggi nilainya pasu
antik tersebut sehinggakan melebihi nilai kasih sayang abang terhadap
ibu yang banyak berkorban buat abang selama ini. Tidakkah abang tahu
bahawa Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Tidakkah abang
tahu betapa remuknya hati ibu sehinggakan kami adik beradik turut
menangisi keadaan ibu yang selepas itu demam tak kebah. Seminggu lamanya
ibu terlantar kelesuan. Tiada langsung kemeriahan Hari Raya yang dapat
kami gambarkan ketika itu. Ibu mungkin terperanjat dengan sikap anak
kesayangannya selama ini. Siapa sangka, anak yang dibelai dan dijaga
dengan penuh kasih dan sayang itu akhirnya menghalau ibunya sendiri dari
rumahnya. Anak yang dijaga dengan penuh kasih dan sayang akhirnya
menjadi racun dalam hidup bila ianya tidak tahu membezakan antara
pengorbanan suci seorang ibu dengan kasih seorang isteri. Adik sendiri
tiada niat untuk menghina kedudukan Kak Milla tetapi Adik kesal kerana
Kak Milla lah abang berubah sikap sehingga kami dipandang jijik di mata abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience