BAB 6

Family Completed 495

Adik meraung-raung memanggil nama ibu. Adik dapat merasakan betapa sedih
hati seorang ibu yang ingin menatap bayangan anak kesayangannya sebelum
ajal memanggilnya. Hati Adik tiba-tiba disentuh oleh seribu kepiluan.
Entah mengapa Adik lupa bahawa semua itu suratan Ilahi. Adik lupa bahawa
semua itu ketetapan Yang Maha Esa.

Mujurlah Mak Limah dan Mak Esah yang memujuk Adik agar mengucap
berbanyak-banyak. Ingat akan Yang Maha Kuasa. Tapi Adik merasakan
kegelapan dalam kehidupan Adik sehinggakan Mak Limah dan Mak esah
terpaksa mendakap Adik bagi mententeramkan perasaan Adik . Adik merasakan
bahawa kehidupan Adik tamat sampai di sini sahaja. Adik menangis
sepuas-puasnya.

Abang tahu tak? Peninggalan Ibu, Adik lah tempat Adik, Acik dan Usu
bergantung. Abang tahu tak? Lihatlah kekejaman abang dalam membalas susu
yang pernah ibu suapkan ke mulut abang? Lihat sahajalah bagaimana abang
membalas laungan Qamat oleh abah di telinga abang sewaktu abang mula
melihat cahaya? Abang juga lihatlah bagaimana abang membalas segala
jasa-jasa kedua ibu bapa abang?.

Abang tahu tak!!! Adik sudah kehilangan segala-galanya dan kini Adik
kesepian dalam memelihara Acik, Adik dan Usu. Adik ingin mendidik mereka
agar mereka tahu untuk mengenali dunia ini dan mengenali erti sebuah
pengorbanan. Adik ingin mendidik mereka bahawa kepayahan dan kesusahan
itulah yang mengajar manusia untuk terus hidup dalam kematangan dan Adik
ingin mengajar mereka menghargai pengorbanan ini. Adik ingin mereka
lebih berjaya berbanding dengan abang dan Adik ingin segala-galanya buat
mereka biarpun Adik yang menderita.

Hanya sekian sahajalah warkah usang Adik buat tatapan abang yang entah
jauh dikelilingi oleh kemewahan dunia dan hanyut dalam kemodenan dunia
penuh kepalsuan ini. Adik berharap agar segala kata-kata Adik yang
tertera di atas warkah usang ini, sekiranya menguris hati abang,
anggaplah bahawa itu semua adalah satu kenyataan yang pahit buat abang
dan sepatutnya abang telan.

Maafkan Adik , abang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience