BAB 1

Family Completed 495

Abang,

Maafkanlah Adik kerana menulis akan warkah ini buat tatapanmu. Tidak
pernah Adik terniat untuk menyakiti hatimu yang terlalu besar itu tetapi
niat Adik adalah suci kerana Adik tidak sanggup untuk terus berpura-pura
dengan kenyataan ini.

Adakah abang tahu bahawa selama ini betapa Adik menderita dengan
sesungguhnya. Adik menderita dalam senyuman. Adik tidak sanggup lagi
untuk terus menghadapi dan mengharungi akan penderitaan ini. Cukuplah
Adik seorang yang menderita, pada ketika itu Adik merasakan bahawa Adik
tak mampu untuk melihat ibu dan adik-adik yang bertiga yang masih tidak
mengerti apa-apa itu juga turut menderita akan keperitan hidup ini. Adik
tak sanggup melihat Acik, Usu dan juga Adik mengalami penderitaan
sekejam ini.

Abang tahu tak? Selama ini arwah abah dan ibu sungguh berbangga dengan
kejayaan abang, maklumlah anak seorang pengayuh beca boleh menjejakkan
kakinya ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Arwah abah
mencanang-canangkan ke seluruh kampung bahawa anak abah itulah yang
paling bertuah sekali dikalangan penduduk di kawasan Kampung Setinggan
Roda Tiga. Seboleh-bolehnya arwah abah ingin satu Malaysia mengetahui
tentang kejayaan anaknya, kalau kesampaian biar satu dunia pun akan
melopong mendengarkan kejayaan abang itu. Dengan mulut yang
tersengih-sengih, arwah abah mengharung keperitan hidupnya semata-mata
ingin melihat abang berjaya! Apa yang arwah abah inginkan selama ini
telah abang capai tetapi Adik merasakan bahawa arwah abah masih lagi
berpadik mata sekiranya arwah abah masih hidup lagi. Menitis air matanya
bila melihatkan kedaifan keluarganya yang masih belum ada pembelaan.
Merembes air matanya bila melihat kemewahan hidup abang disamping Kak
Milla . Mungkin sekiranya arwah abah masih bernyawa lagi, kesalannya tidak
akan lekang daripada mulutnya mengenangkan masih tuanya yang dibiarkan
oleh abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience