BAB 4

Romance Completed 1315

“Kita nak buat apa kat sini weh?”

Aku berasa teruja melihat patung yang digayakan dengan gaun pengantin dari balik cermin kaca. Samuel tarik tangan aku masuk ke dalam butik pengantin itu. Aku hanya menuruti langkahnya. Samuel memperkenalkan aku dengan pemilik butik.

“Kau tengok-tengoklah dulu, aku ada hal nak bincang sikit.”

Aku mengangguk pantas mendengar arahan Samuel . Malas mengganggu perbincangannya, aku berjalan-jalan di sekitar butik, membelek satu demi satu baju pengantin yang ada. Salah seorang pekerja datang menghampiri aku lalu menunjukkan beberapa rekaan gaun pengantin yang pernah dipakai oleh artis-artis popular. Aku hanya mengangguk-angguk sambil sesekali menjeling kepada Samuel yang masih rancak berbincang. Projek apa pulak nak kena bincang di butik pengantin ni? Aku kira pemilik butik itu sebagai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat hiasan dalaman daripada Samuel .

“Ada projek baru ke”

Aku menyoal apabila Samuel yang sudah selesai berbincang. Pereka hiasan dalaman sepertinya sudah pasti perlu turun padang untuk menganalisa ruang sebelum mereka hiasan dalaman yang menepati cita rasa pelanggannya. Samuel menggeleng pantas. Aku tayang muka kehairanan.

“Habis tu, tadi tu bincang pasal apa pulak?”

Aku tambah lagi hairan bila bibir Samuel menjuih ke arah aku. Jari telunjuk aku angkat menunjuk ke arah diriku sendiri. Samuel angguk kepala sambil tersenyum.

“Mak kau mintak tolong aku uruskan sekali majlis nikah tu. Dia mintak tolong aku pilihkan tema yang sesuai, lepas tu dealing dengan wedding planner. Kalau nak harap kau yang buat, alamatnya majlis nikah kau nanti macam orang main pondok-pondoklah gamaknya.”

Aku lihat mata Samuel semakin sepet kerana terlalu banyak ketawa. Aku ketap gigi geraham sekuat-kuatnya. Rahangku sudah mula bergerak-gerak. Nafasku semakin deras. Aku tinggalkan Samuel yang masih seronok ketawa. Samuel mengejar aku yang sudah melangkah ke luar daripada butik.

“Laa… kenapa pulak ni? Okay. Kalau aku salah cakap, aku mintak maaf ya. Aku gurau je tadi tu.”

“Kau memang tak pernah fikir tentang perasaan aku kan? Aku suka ke, aku tak suka ke, wei, kau ingat aku hadap sangat ke nak nikah dengan mamat entah apa-apa tu? Kenal pun tidak, suka hati dia je nak nikah dengan aku.”

Aku lepaskan kemarahan pada Samuel . Dia mengulum senyum. Samuel menggosok kepala aku dengan tapak tangannya. Aku menghitung hingga sepuluh sambil menarik nafas panjang.

“Kenapa kau tak nak kenal dulu dengan dia. Manalah tahu kau jatuh cinta pandang pertama.”

Samuel mengeluarkan usul. Marahku tidak jadi reda. Aku melangkah meninggalkan Samuel dengan pantas. Samuel, kau memang tak pernah fikirkan perasaan aku. Aku suka kaulah apek sesat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience