BAB 3

Romance Completed 1315

Aku mula mengimbau semula bagaimana aku mula mengenali Samuel. Ketika itu aku adalah budak paling nakal kerana aku lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain. Samuel pindah ke kelas aku ketika darjah empat. Ketinggian aku dan Samuel sangat jauh berbeza. Dia hanya tinggi separas dengan bahu aku. Aku selalu buli Samuel kerana badannya kecil tapi aku akan menjaga Samuel bila tiba giliran dia dibuli oleh budak lain.

“Hoi, melamun apa pulak tu?”

Aku toleh ke anak tangga yang paling bawah. Samuel sudah tercegat sambil sengih kerang busuk. Aku geleng kepala, memang dia ni tak bagi peluang aku nak layan perasaan.

“Teringat balik momen-momen masa aku buli kau dulu. Masa tu kau ketek je kan.”

Aku sambut huluran mangkuk tingkat yang diberikan oleh Samuel. Samuel panjat tangga dan duduk di sebelah aku.

“Tu cerita zaman tok kaduk lah. Meh sini aku nak tanya kau, sekarang ni siapa yang ketek sebenarnya? Hah, masa kita kat sekolah menengah, siapa yang salu jadi hero selamatkan kau dari para secret admirer kau tu? Siapa yang konon husband-to-be kau masa kita kat U dulu? Lagi satu, siapa yang paling pandai pujuk kau kalau kau merajuk? Habaq mai sikit nama hero Malaya tu kat telinga aku.”

Aku herot bibir ke kiri dan kanan. Baiklah, nama hero Malaya itu adalah Samuel Lim Bin Daud Lim dan dia sedang tersengih kerang busuk sebab dah berjaya kenakan aku.

“Eh, mak kau mana? Kirim salam kat dia nanti ya. Tu rendang tok, mak aku masak lebih sikit tadi, nanti kau jangan melantak sorang-sorang pulak tau.”

Mata aku bulat kerana teruja. Rendang tok masakan ibu Samuel adalah rendang tok kegemaran aku. Hidangkan seperiuk pun aku mampu habiskan sendiri. Aku mula tersengih membayangkan rendang tok yang ada dalam mangkuk tingkat itu. Bingkas aku bangun hendak masuk ke dalam rumah.

“Amboi, dengar je dapat rendang tok terus menonong kau masuk dalam rumah ya. Cik Lulu, terima kasih nya mana?”

Samuel menyindir. Aku sengih lagi lalu mengucapkan terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience