BAB 4

Family Completed 1749

Dia hanya sempat bertahan selama sebulan. Kehidupan di kota dirasakan tidak sesuai untuk dirinya. Lagi pun dia tidak sampai hati untuk meninggalkan kedua orang tuanya yang semakin uzur.

Riuh rendah suara kanak-kanak yang bersorak mematikan lamunannya. Angin yang bertiup kencang mengangkat lelayang naik tinggi ke udara.

Matahari sudah semakin tegak. Mesir segera mengemas barang-barangnya untuk bergerak pulang. Kenangan lalu berlegar di minda seiring dengan gerak langkah kakinya.

“Mesir , kau sungguh beruntung dapat hidup di kampung. Aku rasa hidup di kampung lebih baik. Semuanya tersedia. Ikan darat, pucuk paku, keladi, pisang, ubi kayu, kelapa semuanya ada. Tak perlu beli. Semuanya segar-segar belaka. Kalau rajin, cari saja. Berbeza dengan kehidupanku di Kuala Lumpur sana, bergerak sahaja dah pasti mengeluarkan duit. Duit petrol, tol, parking. Itu belum dicampur dengan kos belanja dapur yang semakin tinggi, duit potongan pinjaman perumahan, duit ansuran kereta, belanja dan tambang bas anak sekolah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang belum sampai hujung bulan duit aku dah licin. Hidup di kota kena ikut cara mereka. Aku kerja kena ikut arahan bos. Kerja kau kurang tekanan. Kaulah kuli, kaulah bos. Hidup di kota segalanya serba pantas. Siang dan malam terasa begitu cepat berlalu.” Luah Rahmat pada suatu hari.”

“Usahlah difikirkan sangat. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut kita semuanya telah ditentukan. Bersyukurlah kau sudah mempunyai keluarga dan kehidupan kau yang baik di sana.”

“Mesir , aku nak juallah tanah sawah dan rumah tu sekali. Kalau ada sesiapa nak beli beritahulah aku.” Luah Rahmat pada suatu hari.

“Kenapa pula?. Itu kan tanah pusaka keluarga kau?

“Betul tu. Tanah tu tak ada orang nak jaga. Aku dan adik beradikku semua dah tinggal di bandar.”

“Kau tinggallah di sini. Kau boleh kerjakan sawah ini semula.”

“Adik beradikku ramai. Nanti apa pula kata mereka.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience