BAB 2

Family Completed 1749

“Woi budak! Korang jangan main dekat rumah lama tu, ada hantu. Laung seorang pemuda yang sedang menunggang motorsikal, cuba menakut-nakutkan kanak-kanak tersebut.

“Eleh, tipu. Mana ada hantu. Kami tak takut pun. Kalau ada mana, mana? mari, kami nak berselfie dengan dia.” Jawab seorang budak lelaki berwajah bulat, rakan-rakan yang lain tertawa.

“Hello abang! kami tidur kat sinilah, best tau!. Sejukkk. Angin pun kuat.” sahut seorang kanak-kanak perempuan berambut kerinting.

Mesir tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia maklum, di zaman ledakan teknologi maklumat ini kanak-kanak tidak takut lagi pada hantu walau mereka biasa menontonnya di kaca televisyen.

Filem hantu yang dipertontonkan bukan dalam bentuk seram sahaja tetapi juga dalam bentuk kelakar dan lucu. Berbeza benar dengan zaman kanak-kanaknya dahulu.

Hantu kini lebih dikenali sebagai entiti yang kabur. Malah, ketika ini pelbagai spesis hantu giat diburu oleh pemburu yang ‘lebih hantu’ dari hantu sebenar dengan menggunakan teknologi audio visual yang canggih. Hantu dan makhluk halus sekarang semakin sukar menyembunyikan diri!.

Seperkara lagi yang membuatnya teruja ialah tentang rumah kosong tinggalan pemiliknya gemulah Lek Jamuri, guru yang mengajarnya mengaji.

Rumah sawah yang dahulunya langsung tidak mahu diambil berat oleh anak-anaknya kini semakin ‘bernyawa’.

Malah rumah yang sudah diubahsuai itu menjadi rebutan pula di kalangan penyewa. Bukan itu sahaja rumah itu semakin menjadi buah mulut orang kampungnya.

Ada juga yang cemburu dengan usaha yang dilakukannya. Itulah rumah yang diinap oleh kumpulan kanak-kanak tadi bersama keluarga mereka.

Bola mata Mesir tertancap ke sebatang tali air sawah yang mengarah terus ke sungai kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience