BAB 6

Family Completed 1749

“Maksud abang?”

“Rumah tu abang nak buat homestay.”

“Rumah inap desa? Serius ke bang?. Besar rancangan abang tu?”

“Mah, di bandar kita ni ada sekolah berasrama penuh. Dah tentu bandar kita ni akan dikunjungi oleh ibubapa mereka. Mereka yang tinggal jauh pasti akan mencari penginapan yang unik dan selesa. Mereka ingin merasai suasana yang berbeza. Homestay di sawah padi adalah penginapan yang unik. Setahu abang, sekarang ni hanya ada beberapa buah homestay sahaja yang sedang beroperasi di daerah kita ni. Sambutan homestay di sini amat menggalakkan.

“Bagus rancangan abang tu. Lokasi kampung kita ni pun strategik. Kedudukannya hampir dengan pantai, kebun kelapa dan sawah padi. Tentu pengunjung suka. Kita boleh iklan dan promosikan homestay kita tu di dalam internet.”

“Ya Mah, sebenarnya perkara ini sudah lama abang fikirkan. Jika tak ada penyewa pun kita tidak akan rugi.”

Mesir sudah hampir tiba di jalan utama. Dilemparkan pandangannya ke bahagian loteng rumah, tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia tersenyum sendirian.

Dahulu di situlah dia dan Masiron pernah membaca komik sambil melaungkan bunyi suara Tarzan atau belajar melaungkan azan. Laungan mereka bergema berlapis-lapis.

Di situlah juga tempat mereka menelaah mata pelajaran hingga larut malam untuk menghadapi peperiksaan.

Kadang-kadang mereka bermalam di situ. Di situlah juga dia merasakan dirinya paling hampir dengan bulan ketika ia mengambang penuh. Kini loteng itu menjadi tempat anak-anak penyewa bermain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience