BAB 7

Family Completed 1749

Di situ juga dia menyediakan majalah dan buku cerita untuk mereka. Dia mahu kanak-kanak itu menikmati apa yang telah dirasai.

Kanak-kanak masih berkejaran di batas sawah. Ibu bapa mereka pagi-pagi lagi dilihat sudah keluar ke bandar.

Mungkin menghantar anak-anak yang lain ke asrama atau pergi mencari barangan keperluan. Bunyi burung tekukur di dahan kelapa begitu mengasyikkan.

Dua tiga buah bangkai layang-layang yang sudah koyak tersangkut di pelepahnya. Layang-layang yang pernah diterbangkan oleh anak-anak penyewa sebelum ini.

“Ya, hidup ini umpama layang-layang. Jika ingin terbang tinggi mesti melawan arah angin. Tapi jika tidak dikendali dengan baik layang-layang akan jatuh. Melenggang-lenggok terus jatuh menjunam ke bumi atau tersadai lesu tidak dihiraukan. Jika terlalu ghairah melepaskan tali di angin kencang, tali mungkin akan putus”, Mesir bermonolog.

Saat ini Mesir merasakan dirinya tak ubah seperti layang-layang yang tersangkut itu.

Masih kekal berada di tanah penuh memori. Sementara layang-layang Rahmat dan Demak pula telah hilang di bawa pergi oleh angin kencang. Dia tersenyum puas.

Rezekinya ada di sini. Di sawah padi yang luas terbentang ini sesetengah mungkin menganggap atau alpa menyangka ia sudah tidak relevan namun baginya yang menghambakan diri pada sawah dan padi ini dinamakan sebuah harapan yang menjadi penyambung kepada generasi akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience