BAB 5

Family Completed 1749

“Kalau begitu kau sewakan aja. Duit sewa tu pandai-pandailah kau agih-agihkan. Kalau kau setuju, sewakan pada aku. Sayang dijual. Tanah sawah dan rumah tu seperti tanah dan rumahku juga. Dahulu di situlah tempat kita bermain dan mengaji bersama rakan-rakan yang lain.”

“Adik beradikku semua tak setuju. Mereka nak pakai duit.”

“Beginilah, kalau kau benar-benar ingin menjualnya aku sedia membelinya. Beri aku sedikit masa.” Pinta Mesir . Rahmat mengangguk setuju.

Tiba di rumah, Mesir mula berbincang dengan isterinya. Isterinya tidak menolak malah menyokong rancangannya.

“Kita belilah bang. Kata orang tak rugi beli harta tanah. Harganya pun makin lama makin meningkat. Malah boleh dilaburkan.”

“Betul tu Mah . Tak sama macam beli kereta baharu. Keluar showroom sahaja dah jatuh harga RM dua tiga ribu. Tapi mahal juga harga tanah tu Mah sebab nak dijual dengan rumahnya sekali. Tak cukup duit simpanan kita tu.”

“Tak mengapa bang. Mah akan cuba buat pinjaman bank. Mah rasa Mah layak memohon”, ujar Kasmah yang bertugas sebagai guru sekolah di kampung itu. “Tapi pandai ke abang mengerjakan sawah?”

“Abang lahir dan membesar di kampung ini. Walaupun ibubapa abang tak mempunyai tanah sawah, abang sering mengikut mereka mengambil upah mengerjakan sawah orang. Lagipun kata orang sekarang ini, kerja sebagai pesawah tidaklah susah seperti dahulu. Menanam, membaja, meracun, menuai semuanya menggunakan mesin. Kalau malas sangat guna sahaja hujung jari telunjuk. Arah sahaja kepada anak-anak muda kampung ni. Yang penting ada duit upahnya.”

“Kita nak duduk rumah tepi sawah tu ke bang?”

“Kita tak perlu berpindah. Kita dah ada rumah yang kita duduk sekarang. Abang ingat rumah tu abang nak buat sedikit pengubahsuaian. Kayu dan papan yang reput perlu diganti. Abang nak tanam pokok jambu susu, jambu air, mempelam dan kelapa pandan di sekelilingnya. Halamannya Abang nak hias dengan rumput halus dan pelbagai bunga-bungaan kampung seperti bunga raya, bunga kertas dan bunga puding. Abang akan sediakan dapur gas, perkakas masakan dan pinggan mangkuk untuk kemudahan memasak. Kolam di belakang rumah tu abang nak bela ikan haruan, sepat, keli, puyu dan belut. Abang nak buat kolam memancing percuma sebagai tarikan kepada penyewa yang datang berjunjung.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience