Malam itu Anggun Bayu terpaksa ke kedai untuk membeli panadol buat ayah yang mulai pening kepala. Walaupun jam sudh pun pukul 11 malam tetapi demi ayah Anggun Bayu beranikan diri. Dia terus mengayuh basikal menuju ke kedai Abang Hanif. Mujur Abang Hanif belum pulang lagi. Dia yang sedang mengemas – ngemas barang dikedainya tersenyum memandang Anggun Bayu.
“Abang.. panadol sepapan ye abang”
Anggun Bayu dipandang dari atas ke bawah. Satu perasaan tidak enak mula menguasai pemikiran Anggun Bayu. Pandangan mata Abang Hanif begitu menakutkan. Anggun Bayu berundur ke belakang. Abang Hanif memandang sekeliling sebelum menarik tangan Anggun Bayu.
DUSHUMMM...
Satu penumbuk hinggap ke pipi Abang Hanif yang lebar itu. mengaduh dia kesakitan di situ. Memang api kemarahan Samuel memuncak sewaktu melihat kelakuan Abang Hanif tadi. Dia yang baru sahaja pulang daripada membersihkan surau selepas solat isyak tadi, terus mencekak kolar baju Abang Hanif.
“Jangan buat dia begitu lagi... bukan dia sahaja tapi semua perempuan kat dunia ni!!!” Abang Hanif ditolak kasar. Anggun Bayu tergopoh – gapah mencapai basikalnya dengan tangisan. Samuel mengejarnya dan Anggun Bayu menjerit marah. Terkejut Samuel pada waktu itu.
“Taktik apa lagi kau nak buat untuk pikat aku ni ha?? Hari tu kau tolong ayah, tolong mak dan kali ini kau tolong aku pula. Takkanlah secara kebetulan kau ada di setiap masa?” air mata dikesat kasar dengan jemarinya. Terkedu Samuel di situ. Dia mengeluh.
“Terima kasih Anggun Bayu atas tuduhan itu” Samuel pergi tanpa menoleh lagi. Anggun Bayu terkedu. Dia memandang Samuel yang sudah pun jauh meninggalkannya.
Aku tak patut.......
Share this novel