“Itulah... Abang kamil pun ada kata anak dia ada kena kacau dnegan Hanif tu. Nasib baik hari tu Samuel dengan Mansor kebetulan lalu. Kan si Samuel tu suka bersihkan surau. Selalunya dalam pukul 11 lebih dia pulanglah... bila nampak apa Hanif buat kat anak Abang kamil terus mereka berdua bagi amaran. Sekarang ni dengar cerita ada lagi seorang kena kacau tapi tak tahu pula aku siapa sebab Samuel diamkan saja. Aku tanya pun tak jawab. Kalau ada Mansur dia nak gak cerita” Kak Minah yang baru sahaja singgah ke rumah untuk melawat ayah mula bercerita. Anggun Bayu memegang dadanya. Ya Allah... berdosanya aku menuduh dia begitu....
“Hmmm.... Samuel memang tak suka aib orang” senyum Ayah dan matanya mengerling pada Anggun Bayu yang tunduk daripada tadi.
“Kak Minah... saya masuk dulu ya. Pening kepala” permisi Anggun Bayu dan Mak hanya memandang Anggun Bayu hingga anaknya itu masuk ke dalam biliknya.
Bunga yang kering itu dipegang dan ditatap agak lama.
Mungkin sudah tiba masanya aku buang kau jauh daripada hidup aku...
Aku masih tidak mencintai dia tetapi bolehkah aku lepas pandnag lelaki sebaik itu daripada hidupku?. Cinta itu boleh kupupuk kerana dia seorang yang mampu membimbingku. Jika kau benar – benar mencintaiku Shahrul.. takkan kau biar aku begini... menderita kesakitan
Air mata Anggun Bayu mengalir. Pinangan Samuel beberapa bulan yang lalu akan dia terima... itu keputusannya!.
Share this novel