BAB 1

Romance Completed 455

Pernah waktu dan kenangan itu curiga pada aku yang sedang menanti dia. Berbukit gumpalan darahku menabung rindu untuk melihat dia di hadapan mataku. Tersenyum dan mengenang episod cinta yang lama biarpun luka berdarah. Aku masih di sini.... di bangku yang menjadi saksi pemergianmu buat kali yang terakhir. Langkah kakimu yang kurasakan bagai sedang mengheret beban perpisahan itu menutup tabir emosiku sejenak. Bunga pemberianmu dulu ku bawa biarpun ianya sudah mongering dan suram seperti impian cintaku.

“Anggun Bayu... simpan tanda cinta kita ini tau. Biarpun ianya kering, namun jangan dibuang kerana itu adalah harapan cinta kita untuk bersatu” ucap Shahrul. Biarpun kulitku tidak pernah disentuh namun pandangan matanya mampu menyentuh setiap lekuk bicara di hatiku. Itu lima tahun yang lalu.... mengapa aku masih di sini setiap tahun?. Membawa bunga yang kering dan hilang harumannya sejak beberapa hari dia meninggalkan aku. terlalu mengharap.... itu sahaja yang mampu aku simpulkan mengenai cinta aku yang tetap subur walaupun tanpa baja senyuman daripadanya.

“kenangan takkan pergi kalau kita tak cuba untuk membuangnya. Jangan salahkan kenangan kalau kita sendiri belum cukup kuat untuk keluar daripada seksa cinta”

Pantas Anggun Bayu menoleh ke belakang. Samuel duduk di sebelahnya sambil merenung ke hadapan. Air kotak dihulurkan tetapi tidak mendapat sambutan daripada tangan Anggun Bayu yang halus kulitnya.

“Ya... kau tak mahu terima sesuatu daripada aku yang jurangnya terlalu dalam berbanding dia” telahan itu sedikit menyentak rasa senang pada Anggun Bayu. Entahlah... dia lelaki dan dia tidak tahu apa rasanya. Aku andaikan dia hanya bercanda denganku. Itu sahaja!. Anggun bingkas bangkit dan mengatur catur langkahnya agah lebih menjauhi lelaki yang sering sahaja muncul pada waktu yang salah... baginya!.

Samuel mengeluh. Masih tiada sedikit pun ruang untuk dia mencelah masuk. Dia mahu sekali merawat hati itu dan membelainya tetapi pemilik tubuh itu seringkali melewatinya. Imej Anggun Bayu dipandang sekali lalu dan dia juga turut beredar daripada situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience