“Sudahlah Bayu,... yang pergi lepaskan” nasihat mak yang sedang menumbuk sambal belacan kegemaran ayahnya di dapur. Tiada siapa yang boleh melawat kehebatan mak memasak. Anggun Bayu termenung mengadap wajah ibunya. Wajah yang masih manis itu sahajalah penyebabnya dia masih lagi tersenyum. Beri Samuel peluang? Bagaimana jika Shahrul pulang membawa kembali cintanya yang lama?. Adakah kejam kalau dia meninggalkan Samuel saat itu?. ya... pastinya kejam!. Anggun Bayu meraup wajahnya seketika dan terus membasuh pinggan di sinki. Biar fikiran itu tertinggal di tangga dapur itu sahaja.
Ayah pulang membawa setandan pisang dan membawanya masuk ke dalam dapur. Kakinya yang kelihatan berdarah segera dicucinya. Kelam kabut mak dan Anggun Bayu mendapatkan ayah yang sedang mendesir kesakitan sewaktu kakinya dicurah dengan air sebelum diletak iodine.
“Nasib baik Samuel ada. Dialah yang angkat abang tadi. Ni, dialah yang hantar abang nih. Dia nak tolong bawa masuk abang tak beri. Kasihan pula dia dah lah nak ke tempat kerja” terkenang kembali lima belas minit yang lepas di mana anak muda itu dengan sabar membantunya terluka akibat terjatuh di batu. Terdetik di hati ayah pada waktu itu... bukankah bagus pemuda ini yang menjadi pilihan Anggun Bayu....
Share this novel