BAB 6

Romance Completed 455

Tersenyum lebar ibu Samuel menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Anggun Bayu. Entah mengapa bibirnya kali ini lebih mudah mencorakkan ukiran yang sudah lama menghilang itu... Anggun Bayu tersenyum manis. Saat dahinya di kucup , dia terbayangkan wajah Samuel yang tersenyum memandangnya.

Sebaik sahaja majlis pertunangan selesai semua yang berada di situ senyap. Mulut terkunci. Shahrul berdiri dimuka pintu dengan sejambak bunga ros. Samuel yang menunggu diluar juga tergamam. Dia seakan tahu akan nasibnya. Dia terawal menghantar rombongan pertunangannya. Dia pasti Anggun Bayu pasti akan keliru dan mengisi nasibnya sekali lagi.

Mak dan ayah hanya memandang Shahrul yang sudah pun duduk di hadapan mereka.

“Pakcik paksa dia khwin dnegan Samuel ?. Pakcik tahukan yang Anggun Bayu tak sukakan dia?” agak tidak sennag dengan keputusan mak dan ayah Anggun Bayu..

Anggun Bayu keluar dan air matanya berjuraian membasahi pipi. Dia menekup mulutnya dan serta merta kakinya longlai hingga membuatkna dia hampir terjatuh. Mujur sepupunya menyambut tubuh Anggun Bayu. Samuel yang sedang berdiri di muka pintu menundukkan wajahnya. Melihatkan sahaja tangisan Anggun Bayu itu, dia tahu betapa gembiranya Anggun Bayu menyambut kepulangan Shahrul. Perlahan – lahan Samuel masuk ke dalam rumah dan memimpin ibunya keluar.

“Kak Leha..” Mak menegah. Samuel kemudiannya duduk melutut di hadapn mak dan ayah.

“Seorang suami adalah pencipta rasa bahagia seorang isteri. Bahagia seorang isteri adalah dengan mencintai suaminya. Samuel tahu apa yang berlaku dan Samuel cuma mahu lihat dia tersenyum sewaktu bersama Samuel tetapi dengan kepulangan kekasih yang amat dicintainya... tak mungkin dia akan tersenyum duduk disebelah saya, makcik. Cincin itu saya halalkan sebagai tanda persaudaraan antara kita. Saya halalkan dunia akhirat” muka Samuel kemerahan akibat rasa sebak disentuh oleh mak.

“Makcik tak mampu ubah rasa cinta Anggun Bayu nak...” kata – kata Mak itu membuatkan Anggun Bayu semakin sayu.

“Kau sepatutnya lebih tahu sebelum ini. kau tak perlu masuk meminang kerana kau tahu siapa lelaki di hati dia. Kalau kau rasa sakit... itu akibat dari sikap terburu – buru kau untuk mendapatkan dia. Aku dah pulang dah aku harap agar kau menjauhinya” tajam kata – kata Shahrul. Samuel hanya mengangguk dan dia bangun untuk memimpin tangan ibunya.

“Nanti dulu Samuel ...” Anggun Bayu bersuara. Dia mengumpul segala kekuatan untuk berdri dan melangkah hampir dengan Samuel .

“Saya cuma akan berkahwin dnegan lelaki yang tahu menilai cinta saya. Awak akan jadi suami saya....kata – kata saya ikhlas demi Allah”

Terkejut semua yang berada di situ. Samuel tergamam. Mata Anggun Bayu ditenung lama. Bermimpikah dia. Anggun Bayu kemudiannya berpaling memandang Shahrul yang berdiri ketika itu juga.

“Kau cintakan aku... aku tahu kau tunggu aku selama ini. kau nak bazirkan masa kau mencintai aku begitru sahaja demi dia yang tak punya tempat dalam hati kau tu?” suara Shahrul sedikit tinggi. Anggun Bayu senyum.

“Entah.. aku juga hairan. Aku sangat menunggu kau kembali padaku tetapi hari ini, bila aku lihat sahaja kau di hadapanku... rasa cinta itu hilang bagaikan kepulan asap disimbah hujan. Hilang entah ke mana. Harapanku selama ini juga lari jauh meninggalkan duka di hatiku ini. aku memnag tak memberikan dia cintaku selama ini tetapi dia masih menghargai aku sebagai seorang wanita yang seharusnya dijaga akan cinta dan kehormatannya. Aku sudah pun memberikan cinta aku buta kau tetapi..... kau pergi. Bertahun – tahun lamanya. Sepatutnya kita bersama walau dalam apa juga keadaan tetapi itu tidak pada kau. Sejak kau pergi, dia yang menunjukkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi buatku. Hari ini demi tuhan Shahrul.... saat kau dan dia dua – dua berada di hadapan mataku......... Hanya dia.... hanya dia yang mampu menarik mataku untuk melihat cahaya cintanya. Kau tenggelam malah hampir tidak nampak..... kau hilang..pergi dan tiada lagi di sini” Anggun Bayu menyentuh dadanya.

Shahrul bagai dimalukan di hadapan semua. Dia bangun dan terus pergi. Jambangan bunga itu tertinggal di sofa.

“Shahrul...” panggil Anggun Bayu. Shahrul yang sedang membuka pintu keretanya menoleh.

“Ambil bunga kau kembali kerana dia boleh mampu menghadiahkannya buatku... malah dari tangannya sendiri” senyum Anggun Bayu... terkenang pada taman mini di hadapan rumah Samuel .

Mak dan ayah bangun dan terus memeluk Anggun Bayu. Samuel bercahaya matanya.

“Saya tak sangka...”

“jangan nak mengada... nak luah tunggu tiga bulan lagi.. masa kita dah nikah” senyum Anggun Bayu. Samuel ketawa dan mencubit pipi Anggun Bayu.

“Samuel !!!!!” jerit semua di situ. Dengan lekas dia menyorok tangannya ke belakang tubuh,. Tersentuh pula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience