BAB 3

Romance Completed 455

“Terima kasih bantu pakcik kau ke Samuel ” ucap Mak senagai menghargai jasa Samuel . Hanya anggukan dengan senyuman yang diberikan sebagai jawapan. Anggun Bayu masih keras hatinya. Dia menoleh ke arah lain sebaik sahaja memberikan satu ...hanya satu senyuman buat Samuel . Hati lelaki Samuel sedikit terguris. Mungkin pada pandangan Anggun Bayu dia hanyalah pemuda yang tidak layak untuk dipandang biarpun hanya seketika. Samuel bersalaman dengan Mak dan kemudiannya pergi. Sudah tiga kali Anggun Bayu berbuat begitu dan kali ini Mak terpaksa juga melemparkan rasa tidak senangnya pada pendengaran Anggun Bayu.

“tak baik buat Samuel begitu” rungut Mak sambil tangannya ligat membungkus nasi ayam buat pelanggan mereka.

“Jangan sampai dia tak ada saat kau perlukan dia nanti” masih lagi dengan rungutan.

“bayu tak perukan dia..”

Jawapan Anggun Bayu membuatkan tangan yang ligat membungkus itu terehenti seketika. Mak merenung mata Anggun Bayu. Dia memang anak yang baik. Pandangannya ditunduk ke bawah. Menyesal kerana menjawab kata – kata mak tadi. Itulah kali pertama dia berbuat begitu.

Anggun Bayu memandang jauh ke hadapan. Dia nampak akan kelibat Samuel yang sedang meletak barang – barang yang dibelinya di pasar tadi ke dalam raga motorsikal.

Jangan desak aku.. Samuel ... cintaku bukan untuk kau... maafkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience