Call Girl 48

Romance Series 1321556

Luq Mikail mula cemas melihat Jasmine yang diam membisu. Tiada senyuman di bibir gadis itu lagi. Wajah manis yang sudah berubah itu dipandang lama.

"Sayang.. Tolong jangan diam macam ni. Say something please..." Luq menggenggam erat tangan jemari Jasmine

Jasmine bagai tersedar dari lamunan. Dadanya mula berombak laju. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari genggam kemas lelaki itu.

"Tapi kenapa perlu rahsiakan dari i Luq siapa i pada you?" Serentak itu Jasmine terus bangun dari duduknya dan berlalu pergi.

Luq terkaku seketika sebelum dia bangkit dan mengejar langkah Jasmine.

"Sayang.. Abang dah explain semuakan, Jangan macam ni" Luq terus merempuh masuk ke dalam bilik mereka.

Tanpa berlengah dia terus mendekati Jasmine. Lengan isterinya ditarik agar menghadapnya. Namun Jasmine menempis lembut tangan suaminya itu. Dia enggan memandang Luq.

"Sayang please... Jangan macam ni. Abang terpaksa." Luq cuba mencapai sekali lagi lengan Jasmine. Tapi Jasmine berundur selangkah ke belakang.

"No. Ini bukan sebab terpaksa atau apa! Luq you sedar tak apa yang you dah buat." Ujar suara itu perlahan.

"That's why abang explain semua dekat sayang. Abang tahu abang salah. Abang tahu tu. Abang cuma nak minta tolong sayang untuk bawa Ara, Ummi dan Carol keluar dari sini dulu please sayang. Ini semua untuk keselamatan sayang dengan yang lain..."

Jasmine mengalirkan airmata saat mendengar suara rapuh Luq. Tapi dia takut. Serta-merta kejadian yang berlaku dulu bermain di mindanya. Tubuhnya mengigil halus.

"Sayang.."

Selepas itu ada tangan melingkar erat di tubuhnya. Tubuh Jasmine di peluk erat. Jasmine diam. Hanya membatu saat lelaki itu memeluk erat tubuhnya.

"Min takut..Min tak sanggup kehilangan siapa-siapa lagi especially abang." Rayu suara itu.
Rapuh. Semakin erat Luq mengetatkan pelukan.

............

Farah tenang mengatur langkah ke pintu utama rumahnya. Tangan naik memeluk tubuh.

"Berapa lama kau dapat cuti?"

Farah cuma angkat bahu. Dia sendiri tidak tahu. Nanti la dia semak semua. Malas nak fikir lagi serabut.

"Senang gila la kau dapat cuti kau pakai ubat guna-guna ke babe. Mentang la nama bapak sama." Bebel suara halus itu.

"Dah dia bagi cuti. Aku cuti la. Tak main la pakai minyak senyonyong ." Jawab Farah Tenang. Tapi cukuplah dia tahu betapa bengangnya dia ketika itu.

"Betul ke ni?" Tanya suara halus itu lagi. Sengaja ingin mengusik rakannya itu.

"Betul la kalau aku pakai minyak tu baik aku tuba terus bos hang tu biar semua kerja dia buat aku dok ofice mengangkang. Ha senang." Kata Farah dengan penuh yakin. Membuatkan gadis itu terus ketawa.

"Kau baliklah dulu. Thanks sudi hantar aku sampai depan pintu."

Diana senyum.

"Baik Puan Najwa. Kau tu terus kunci pintu tau. Jangan merayap kemana-mana pulak dah dapat cuti ni rehat je." Pesan Diana pula.

"Ya."

"Aku blah dulu."

Farah senyum dia hanya menghantar Diana yang semakin jauh dengan pandangan mata. Farah mengeluh dan terus menyumbat kunci ke dalam timbul pintu.

Belum sempat Farah mahu melangkah masuk ke dalam rumah, ada satu tangan asing menarik kasar lengannya.

"Hei!" Farah membisu saat melihat pemilik susuk tubuh itu. Melihatkan wajah lelaki itu sudah cukup memberitahunya siapakah gerangan mata helang yang sedang merenungnya tajam sekarang ini.

Gibran!

Tanpa memperdulikan Farah tubuh gadis itu di herat masuk ke dalam rumah.

"Hang ni pasai pa!" Suara Farah meninggi saat Gib menolak tubuhnya kasar sehingga dia terundur setapak dari tubuh kekar lelaki itu.

Dasar lelaki hati konkrik!

Wajah tegang Gib di pandangan tajam penuh dingin dan mata helang milik lelaki itu ditentang dengan berani.

"Why?"

"Why?" Tanya lelaki itu kembali. Sinis. Ada tawa di hujung kata-kata lelaki itu

Farah memandang Gib pelik atas bawah. Dah kenapa mamat ni? Kena tembak dekat peha bukan kepala. Tak kan dah biul.

"Aku cakap apa tadi?" Tanya Gib. Serius dan beku nada suaranya.

Berkerut dahi Farah.

"Entah bila pulak hang cakap dengan aku. Kita ada jumpa ka sebelum ni?." Jawab Farah.

"Jangan nak main-main la Puteri Farah Najwa Megat Attar!" Keras suara itu. Agak menggerunkan bagi telinga yang mendengar. Tapi Farah terus menarik senyum senget.

Sinis.

"Jadi hang tau la siapa aku hm?." Farah tersenyum senget.

"Aku suruh kau tunggu kan tadi."

Farah mendengus kasar.

"Malas!." Jawapan Farah Membuatkan mata Gib mencerun tajam menikam wajah manis bertudung itu. Tapi sedikit pun Farah tak gentar. Malah dia membalas renungan lelaki itu.

"Kenapa? Nak meratapi pemergian kekasih hati kau ke? Well, Orang dah mati bukan boleh hidup balik!" Perli Gibran.

Pang!

Panas pipi Gib saat menerima tamparan itu.
Kuat. Farah mengenggam erat tapak tangannya setelah itu.

"Jangan biadap Gibran. Kau boleh cakap apa yang kau nak tapi bukan tentang Arwah." Bidas Farah perlahan.

"You don't know anything farah. Poor you!"

"Yes! I don't know anything. Kesiankan di sebabkan kau orang semua ni terjadi and please Mr. Gibran. Mulai hari ini jangan kacau hidup aku lagi. Tolong jangan tunjuk muka hang depan aku lagi." Farah mendengus kasar dan terus memusingkan tubuh menjauhi Lelaki itu.

"You need me Farah!"

Langkah Farah mati. Lambat-lambat dia memusingkan tubuh memandang Gib. Dan ya. Ternyata lelaki ini masih berdiri tegak di belakangnya.

"And may i know why?" Tanya Farah tidak bernada.

"To protect You of course."

"Dari?"

"Bahaya"

"You're funny. I can take care of myself." Jawab Farah tanpa nada.

"I'm serious Farah."

"Sorry. But no sorry. Cari orang lain yang kau nak jaga. Jangan muncul depan aku lagi. Tu pintu, Di persilakan berambus. Dah pandai masuk, Pandai la kau keluar. Semak je." Farah mendengus kasar. Tiada senyuman di wajah manis itu. Beku. Laju dia memusingkan tubuh dan meninggalkan Gib sendirian di situ.

Gib mendengus kasar. Matanya masih tajam memandang belakang tubuh farah yang sudah masuk ke dalam bilik.

Bhang!

Kuat farah menghempas pintu biliknya.
Gib mengelengkan kepalanya. Tangannya menyeluk masuk ke dalam poket seluar. Iphone miliknya di keluarkan, Dan satu panggilan di buat.

"Hallo."

........

Carlos melempar pandang jauh ke dada langit. Gelap. Angin malam ini sangat dingin dan menenangkan.

Fikirannya mula melayang. Teringat akan perbualannya dengan Luq petang tadi. Adakah ini yang terbaik untuk keluarga.

Macam mana kalau sesuatu terjadi pada mereka?

Lebih baik jika dia jujur ??sekarang daripada sesuatu terjadi nanti...

Ya Tuhan kau lindungi lah keluargaku.

"Hubby!"

Carlos tersentak saat ada tangan memeluk tubuhnya dari belakang. Terus dia memalingkan wajahnya. Mengintai wajah Zahra yang memeluknya erat.

Cantik.

Rambut hitam keperangan milik Zahra beralun lembut di tiup angin malam.

Pemandangan yang begitu menakjubkan.

“Kenapa duduk luar malam-malam ni?" Tanya Zahra. Ada senyuman di bibir gadis itu.

"Saja ambil angin malam. Kau kenapa tak tidur lagi ni."Carlos mengulas lembut tangan Zahra yang melingkari pinggangnya. Sebelum dia meleraikan pelukkan dan menarik lembut tubuh Zahra ke depan dan mencium lembut tapak tangan gadis itu.

Zahra terus tersenyum. Dia suka di manjakan begini. Carlos pandai melayaninya sekarang. Dia mula ketagih dengan belaian manja suaminya itu.

Carlos menarik kembali Zahra dalam pelukannya, sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi tepi kolam renang itu.

Diam seketika. Dua-dua diam bersandar di kerusi sambil mata memandang jauh ke langit malam. Zahra merapatkan tubuhnya. Pelukkan lelaki itu dibalas saat kedinginan angin malam melanggar kulitnya.

Sejuk.

"Sejuk ke?" Tanya Carlos Tangan naik membawa rambut Zahra ke belakang telinga. Saat angin meniup lembut rambut beralun itu.

Zahra tersenyum.

"Sejuk sikit. But now tak dah sebab ada pemanas. Jadi tak sejuk dah."Zahra mendongak memandang Carlos.

Carlos tersenyum tanpa sedar mendengar kata-kata Zahra. Rambut Zahra di belai lembut.

Diam seketika. Dua-dua diam seketika melayan rasa.

"Kenapa kau buat kerja tu dulu?" Tanya Carlos

Zahra kembali mendongok memandang Carlos. Dahinya berkerut seribu.

"Maksud awak?"

"Call Girl."

"Ooh, Saja suka-suka. cari duit poket."Beritahu Zahra bersama senyuman di bibir.

"Kenal Eiyad dari situ?" Soal Carlos lagi.

"Awak nak dengar satu cerita tak?"

Carlos mengangguk.

"Apa?"Soalnya.

"Sebenarnya saya just nak kan perhatian Arwah ayah, Dengan cara tu dia akan selalu tegur saya dan marah saya. Itupun dah cukup untuk saya tahu ayah masih sayangkan saya. kawan-kawan dia selalu mengata saya. But i dont care. One day saya teman klien saya pergi dinner dari situ la saya kenal Eiyad. Dia hensem juga kan kelakar, Tapi awak jangan risau suami saya lagi hensem, badan sado dan sangat....kuat kan hubby." Ujar Zahra. Dia tersengeh memandang Carlos.

"Love, Kalau aku nak cakap sesuatu boleh?" Suara Carlos berubah pelahan. Wajahnya mendung. Dan tidak lama selepas itu, Bibirnya menarik senyuman tetapi tetap hambar.

Zahra menelan air liur.

Carlos membisu seketika. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Eiyad, he is very dangerous.Dia terlibat dalam pembunuhan ayah kau."Ujar Carlos tanpa berselindung. Sepasang matanya memandang dalam anak mata milik Zahra. Lama.

Berkerut dahi Zahra memandang wajah serius Carlos. Seketika kemudian dia ketawa kecil.

"Awak merepek apa ni hubby?" Soal Zahra dia menggeleng kepala. Tak kelakar tahu tak.

Carlos mencapai tangan gadis itu. Tangan mulus itu digenggam erat. Mata berlanggar lama dengan pandangan wajah bersih Zahra.

Tanda dia serius.

"No. Aku tak merepek love. Macam yang aku katakan tadi he dangerous, Ada dendam lama yang dia nak langsaikan dengan keluarga kau.
Tolong dengar baik-baik Love, Anything happen lepas ni tolong jangan percayakan sesiapa termasuk aku."

Tawa di bibir Zahra perlahan-lahan pudar. Wajahnya berubah melihat wajah serius milik Carlos.

"Apa maksud awak hubby? Saya tak faham. Tolong jangan bergurau boleh tak benda. Langsung tak kelakar..." Ada getar di suara Zahra.

"Tak. Aku tak bergurau Zahra. Dia sekarang dalam buruan polis. Dia terlepas dari tahanan." Terang Carlos. Pandangannya berubah. Dalam dia memandang jauh ke dalam anak mata Zahra.

"Jadi leher ini..."Ujar Zahra pelahan dia tidak mampu menyoal lagi. Tangannya naik menyentuh kesan luka di leher lelaki itu apabila melihat anggukan kecil dari Carlos.

Diam seketika.

Carlos memandang dalam anak mata Zahra.

"Aku sayang kau Zahra. Terlalu sayangkan kau. Ingat apa-apa jadi lepas ni jangan percayakan sesiapa termasuk aku. Jaga diri kau dengan anak kita." Carlos melabuhkan ciuman di dahi Zahra. Lama.

Dan saat itu, Pelahan-lahan air mata Zahra mengalir membasahi wajahnya.

Share this novel

Siti Aishah
2022-02-25 19:31:27 

cepat la update...rindu

Naylilynadia Nadim
2022-02-18 00:24:34 

perghhh...makin suspen...

Intan Zamri
2022-02-11 03:03:58 

lupa sudah jln citer eh. lmbt nau update


NovelPlus Premium

The best ads free experience