Call Girl 3

Romance Series 1321908

IPHONE yang bergetar didalam poket seluarnya itu menyedarkannya dari lena. Poket seluarnya diseluk screen iphone sudah menyala menunjukkan jam sudah ke angka 5 pagi. Dia harus segera pulang sebelum gadis itu tersedar. Walaupun hanya 3 jam dia tertidur tetapi tubuhnya berasa sangat segar.
"Sorry love. Je ferai en sorte que tu reviennes dans mes bras. Attends-moi... I have go take care.( I'll make sure you come back in my arms. Wait for me)"
Tangannya naik semula memeluk tubuh gadis itu. Kalau boleh dia tidak mahu melepaskan pelukkannya. Tetapi dia tidak mahu kemunculannya secara mengejut ini akan membuat gadis itu panik. Dia harus merancang untuk mengikat Zahra menjadi miliknya selamanya.
'She mine and always be mine'
Lelaki itu mengemaskan pelukkan. Dahi Zahra dikucup lama. Setelah itu dia melangkah pergi. Kali ini orang kanannya mengotakan janji untuk mencari Gadis itu. Dia juga berjaya masuk ke kondo Zahra tanpa sebarang halangan.
"Wait for me love..."

ZAHRA bangun dengan senyuman. Malam tadi tidurnya sangat lena. Bantal jenama Leyna ditepuk beberapa kali.
"Tak sia-sia aku perabis duit beli kau."
"Hmmmm"
Dia mengeliat membetulkan urut-urut ditubuhnya. Remote penghawa dingin itu dicapai. Butang off ditekan. Dan serta-merta dia tersedar. Eh bukan dia hanya berkipas ke malam tadi? Kepalanya serta merta memandang ke arah Sliding door. Hairan. Dia Yakin malam tadi dia tidak menutup pintu Sliding door itu.
Berkerut dahinya seketika. 'Mamai mungkin.' Malas memikirkannya, Terus dia bersiap untuk ke kelas. Hari ini badannya terasa sangat segar tidurnya juga tidak terjaga seperti selalu.
"WOI manisnya senyuman hang pagi ni.."Usik Farah apabila melihat Zahra tersenyum manis mendekati meja mereka. Zahra menarik kerusi kosong didepannya. punggung dilabuhkan.
"Well, nyenyak gila aku tidur malam tadi. Dengan mimpi hero tamil mai peluk.Nyaman bangat sehhhh."
"Ang jangan dok loklak noh mimpi beraiq jangan gatai nak bercerita kat kami."
Zahra ketawa.
"Kau Dila asal diam.."
"Busy ni nak deal Job baik punya." Keningnya di angkat tinggi.
"Dapat jerung besaq, kongsi kongsi na.." Ujar Farah.
"Of causelah.. nak juga kami tengok rusa masuk bandar. Hilang terus sleng utara ha.. ha.. ha..."Sampuk Zahra.
"Eh mulut macam hampa seronok noh mengata!" Bentak Farah.

ZARHA memandang lama pesanan yang baru diterimanya sesekali matanya memandang sekeliling. Kereta yang sudah masuk ke dalam petak parking itu dimatikan Enjin.Pintu kereta itu dibuka. Dia berjalan dan masuk ke dalam sebuah Hotel. Masuk sahaja di dalam terus matanya melilau ingin mencari kelibat lelaki yang dikenali. Katanya sudah menunggunya dilobi.
"Baby.." Bahu Zahra disentuh. Dia terus berpaling.
"Wow you look so so so kacak abang!" Puji Zahra jarang dia melihat Lelaki itu memakai Suit lengkap.
"Well Luth Mikail sentiasa kacak tak gitu.." Zahra ketawa dibuat-buat kedua bola matanya dinaikkan keatas. Menyampah!
"Baby cantik malam ni. Thanks sudi jadi partner abang malam ni." Ujar Luth wajah manis Zahra diusap lembut. Zahra mengenakan Gaun labuh berkain satin berwarna coklat lembut berlengan panjang tetapi mempunyai pembukaan dibelakang tubuhnya sehingga ke pinggang. Gaun itu mengikut lekuk tubuhnya yang mantap dan rambutnya di gayakan messy ban.
"Welcome.... but ini bukan Percuma.." Zahra menjengkit sedikit kasut tumit tinggi yang dipakainya itu cukup mencapai ketinggian Luth.
"You promised me to make carrot cake." Zahra membisik ditelinga lelaki itu. Sengaja dia berbisik begitu kerana dia dapat menangkap beberapa anak mata perempuan yang mencuri pandang lelaki depannya ini.
Luth menganggukkan kepalanya. "Okey jom masuk dah nak start dah event tu." Pinggang Zahra dirangkul kemas.
Masuk sahaja didalam dewan itu Zahra terpengung melihat ballroom yang sudah dihiasi dengan tema berwarna emas itu membuatkan matanya terpukau. Hampir Dua jam acara makan malam itu berlangsung Zahra tidak banyak bercakap dia hanya diam dan duduk disisi Luth.
"Baby duduk dulu. Abang nak ke sana kejap ada yang panggil.."
Zahra mengangguk. Dia menundukkan sedikit badannya betisnya diurut lembut. Tiba-tiba lehernya dipeluk dari arah belakang.
"Mummy.." Suara kecil itu menyapa ditelinganya.
Berkerut dahi Zahra bila mendengar suara memanggilnya mummy. Tangan kecil itu di lepaskan pelahan agar tidak menyakiti si kecil itu.
"Mummy you are so Pretty,Charming and Beautiful..." Kedua tangan kecilnya menekap wajah Zahra.
Terkebil kebil Zahra mendengar. Wajah comel didepannya itu dipandang lama. Anak mata yang biru kehijauan, Bulu mata yang lentik. Hidung yang mancung dan pipi yang gebu. Dia mula teringat sesuatu.
"Carol?"
"Oui Mummy.." Anggukan si kecil itu.
"Oh God. Sweetheart how can you be here. Sesat lagi ke ni?" Tangannya naik mengusap rambut si kecil itu. Tubuh kecil itu di angkat lalu letak diatas pangkuannya.
"Daddy brought me here." Kepalanya sudah bersandar didada Zahra. Dia selesa dengan gadis itu. Menghidu wangian dari tubuh gadis ini membuatkan dia sangat selesa.
"Are you lost again sweetheart?" Soal zahra lembut.
"No mummy. I already told daddy i want to seat here."
"Carol why u keep calling me mummy?"
"Because I want you to be my mummy."
Tercetus ketawa Zahra. Mengarut! Kepala anak itu yang sudah lentok didadanya diusap lembut.
"Sweetheart ..where you mm" Zahra yang ingin menyoal mengenai ibu kandung anak kecil itu menghentikan bicara seketika, Apabila melihat Carol mengosokkan mata.
"Mummy i'm sleepy.." Carol merenggek didada Zahra.
“Okey,Shhh .. Just Sleep..” belakang Carol ditepuk lembut.
Zahra memandang sekeliling. Cuba mencari ayah anak kecil ini. Dia mengeluh perlahan kerana wajah lelaki itu masih samar- samar di mindanya. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Dia mencapai Clutch bag diatas meja Iphone dikeluarkan. Jemari naik menari di Screen iphone itu meningalkan beberapa pesanan pada Luth.
-Baby keluar kejap anything call me ya.

Iphone disimpan semula didalam Cluctch bag pelahan lahan dia berdiri tubuh anak kecil itu didukung kemas. Dia berjalan meningalkan ruangan itu. Keluar sahaja Pintu dewan bahunya disentuh.
"Madam." Sapa satu suara lelaki.
"Saya Gib Bodyguard Cik Carol.." lelaki itu lengkap bersuit hitam memperkenalkan diri. Lama Zahra memandang lelaki itu.
"Madam nak bawa dia ke mana?" Soal Gibran.
"Dia nak tidur tapi dekat dalam bising so i bawa keluar ingat nak duduk dekat lobi tu dulu."
"Tak apa saya akan bawa dia naik ke biliknya.."Tubuh kecil itu cuba disentuh tetapi dengan pantas Zahra melangkah beberapa tapak ke belakang.
"Ye ke you ni bodyguard dia? Ke You menipu. Eh kejap. You ni plido kan! Pergi sana i tak akan benarkan you sentuh dia"
Lelaki itu mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Princes, Come I’m you monster." Dia cuba mengejutkan Carol yang berada di dalam dakapan gadis itu.
"See, dia pun tak kenal you.. kalau betul you bodyguard dia pergi panggil ayah dia suruh datang ambil princess dia ni.. ishh macam mana la jaga anak asyik dibiarkan je. careless betul!" bebel Zahra.
Butang kecil ditepi kolar baju itu ditekan
"Baby bird with me"
"Noted."Jawab di hujung talian.
"Madam mari tunggu disebelah sana. Dia akan datang kemari dan mengambil Carol." Gib menunjukkan ke arah luar lobi. Terdapat sebuah kolam renang yang sangat luas.
Zahra hanya mengikut langkah Lelaki itu. Pintu itu ditolak Gibran. Lalu dia memberi laluan kepada gadis itu. Zahra mendekati kerusi yang terlekat di tepi kolam renang. Pelahan lahan tubuhnya duduk. Lalu high heels di kakinya dibuka. Sepasang kakinya naik melunjur dan badannya bersandar di kerusi itu. Clucth bag miliknya diletak tepi meja.
"Mummy." Gumam Carol, Matanya masih tertutup. Tubuh kecil yang berada diatasnya dibetulkan agar selesa tangannya menepuk lembut punggung kecil itu. Hampir Lima belas minit menunggu akhirnya dia juga tertidur disitu.
"LUTH let’s me introduce this Tuan Rayyan. He is a very successful businessman.”
“And This is Luth Mikail my nephew COO of KH Holding." Mereka berjambat tangan.
Lama Luq memandang wajah lelaki itu.
"Luth Mikail."
"Rayyan Carlos."
"Have we met before because you face is so familiar." Ujar Luth bibirnya menarik senyuman.
"I’m Not sure." Wajah Luth juga ditenung.
"Carol my daughter. You yang jumpa dia that day dekat KLIA betul?"
"Wow. you are good at malay. Ya betul.. Alhamdulilah dapat jumpa Tuan sekali lagi.. Terima kasih sudi jemput saya ke majlis ini." Ramah Luth.
"Jadi kami berdua dah kenal ye?"
"Ya Dato' Encik Luth yang jumpa anak saya dekat KLIA.."
"Kecil betul dunia. Pusing pusing jumpa juga."Ujar Dato' Ridwan ketawa.
Hampir sepuluh minit mereka berbual bahu Carlos disentuh. Lelaki lengkap bersuit hitam itu membisik di telinga Carlos.
"Baby bird and Angle with Gibran." Senyuman terukir cantik dibibir Carlos mendengar bisikan itu.
"Sorry. I have to go.” Pamit Carlos. Dia terus melangkah keluar meninggalkan dewan dan acara makan makan itu. Dia baru ingin merancang untuk bertemu gadis itu tetapi malam ini bonus baginya. Tanpa disangka malam ini tuah untuknya berganda.

"MANA?" Soalnya pada Gibran yang sedang berdiri di depan pintu masuk kolam renang itu.
"Dalam." Gibran terus membuka pintu itu memberi laluan untuk Carlos masuk ke dalam.
"Tunggu luar sahaja." Pesannya sebelum dia masuk kedalam. Dua orang bodyguardnya juga menunggu dia luar.
Melangkah sahaja ke dalam senyumannya kembali mekar. Pandangan yang sangat sempurna. Seperti seorang ibu yang tidur bersama anaknya. Kepala anak kecil itu elok terletak didada montok gadis itu.
It's beautiful view and i love it.
Kakinya melangkah mendekati susuk tubuh yang sedang tidur disapa angin malam. Dia melulut di tepi kerusi itu. Rambut gadis itu menutup wajahnya Pelahan lahan dialihkan. Terganggu lena Zahra apabila tangan Hangat yang menari di wajahnya. Matanya di buka. Melihat wajah lelaki dengan jarak begitu dekat membuatkan dia hampir menjerit.
"Aaaagh." Tangan Carlos naik menekup mulut gadis itu. Sebelah tangan lagi membuat jari telunjuk dibibir.
"Shhhh my daugther still sleeping."
Zahra menundukkan wajahnya sedikit Carol masih nyenyak tidur di dadanya. Zahra menarik senyuman pelahan tangannya menolak tapak tangan besar yang mulut mulutnya. Carlos kembali berdiri. Dia menunduk sedikit, Lututnya di kibas membuang kekotoran diseluarnya.
"I want send my daughter to the room." Ujar Carlos.
Zahra memaling wajahnya. Muka Carlos di tenung, Kacak tapi sayang suami orang desis hatinya. Kenapa dia seperti pernah melihat lelaki ini. Nafas dihelakan tidak mungkin lelaki ini salah satu kliennya kerana lelaki ini seperti tidak mengenalinya.
"You tak reti jaga anak ke" Soal Zahra perlahan tidak mahu mengejut anak kecil itu. Sengaja dia berbahasa melayu. Dia berharap lelaki itu tak faham. Melihat wajah lelaki itu dia pasti lelaki di hadapanya ini bukan orang malaysia jadi ini peluangnya.
Berkerut dahi Carlos dia merenung Zahra.

"You biar je dia dalam dewan tu. Apa-apa jadi macam mana? Ada bodyguard pun tak boleh pakai... budak kecil macam ni pun tak boleh jaga! Nasib la dia datang dekat i kalau pergi dekat orang lain macam mana kalau kena culik ke? ishhh Cuai betul. Tahu sedap buat anak je.." Bebel Zahra.
Carlos yang berdiri itu sudah tersenyum sinis. Memang ada ciri keibuan pada gadis ini. Cuma dia perlu menahan telinga sahaja.
Zahra membetulkan tubuh Carol. Dia meletakkan belakang tangannya pada tubuh anak kecil itu dan sebelah lagi dia bawah lutut anak kecil itu. Pengerakkan itu membuatkan Tidur Carol terganggu. Tangannya naik memeluk leher Zahra.
"Mummy i want mummy." Kuat leher itu dipeluk kakinya terus melilit pinggang Zahra.
Zahra yang tidak bersedia kembali bersandar di kerusi itu.
"Princess..." Tangan Carol yang memeluk leher Zahra cuba dirungkaikan. Carlos cuba memujuk anak kecilnya itu.
"Come daddy took you to the room." Pujuknya lembut tetapi tangannya dilempis kecil tangan carol.
"No, I want sleep with mummy.." Suaranya sudah serak air matanya terus menitik membasahi bahu Zahra.
"Hei Sweetheart stop crying.." Lembut Zahra memujuk. Bahunya sudah dibasahi air mata anak kecil itu. Dia juga cuba memujuk Carol tetapi anak kecil itu masih menangis dibahunya lehernya dipeluk kemas.
Dia memandang wajah tampan itu.
"Take me there." Mulut bergerak Pelahan. Matanya memandang anak mata lelaki itu.
Dia memahami perasaan Carol yang inginkan perhatian. Difikirannya dia hanya ingin menghantar carol ke biliknya setelah anak kecil itu tidur dia akan segera pulang.
Carlos menganggukkan kepalanya.
Malam ini bibirnya sangat murah dengan senyuman.

"Jom i bawa you ke atas i ada Suite dekat sini." Mendengar kata lelaki itu Zahra segera berpaling.
Alamak! Kira aku membebel tadi dia faham la? Ya Allah Zahra! Kalau boleh dia nak sorok mukanya di bawah kerusi ini. Merah wajah zahra menahan malu.
"Sorry." pelahan sahaja suara gadis itu memohon maaf. Bibir bawahnya di gigit sedikit.
Tercetus ketawa Carlos melihat kecomelan gadis itu.
"Nah it’s Okey. Jom..." Carlos membantu Zahra berdiri high heels di tepi kerusi dicapai dia menunduk untuk membantu gadis itu.
“I tak nak pakai” Tolak Zahra.
Carlos mengangkat wajahnya memandang Zahra.
“Why?”
"Tak selesa. Kaki i sakit. tak apa i jalan macam ni.."
"Are you sure?" Soal Carlos inginkan kepastian.
Zahra mengangguk dan senyum memandang lelaki itu. Tubuh kecil di dukungannya itu ditepuk pelahan.
"Okey.." Carlos duduk di kerusi sepasang kasutnya dibuka Stokinnya juga sama dibuka dan disumbat didalam kasut. Zahra terpinga pinga.
"Why?"Soal Zahra. Hairan melihat kelakuan lelaki itu.
"Tak selesa. Kaki sakit."Jawabnya selamba.
Tercetus ketawa di bibir Zahra.
"Jom.." Dia berjalan mendahului Zahra.
Melihat Carlos mengampiri pintu. Gibran segera menarik pintu supaya terbuka. Berkerut dahinya melihat Carlos memegang dua pasang kasut ditangan.

"Monsieur" Gibran menundukkan tuduhnya sedikit.
"Josan take This bawa terus ke Suite aku." Dua pasang kasut itu bertukar tangan. Zahra sudah berdiri dibelakang lelaki itu.
"Madam."Sapa Gibran.
"So kita ikut arah mana ?" Soal Zahra.
"Kita naik lift disebelah sana."Tunjuk Carlos. Zahra mengangguk dia jalan melepasi Carlos. Tubuh kecil itu masih ditepuk lembut.
Carlos merenung lama gadis itu. Dan kembali memandang Gibran
"Jaga mata kau Gib."
Kotnya dibuka langkahnya dibesarkan, Belakang tubuh gadis itu ditutup dengan kot miliknya. Zahra terkejut. dia segera memalingkan wajahnya memandang tangan lelaki itu yang memeluk bahunya.
"Baju kau tak cukup kain. Jadi aku tolong tutup." Ujarnya selamba. Tangannya dikemaskan memeluk erat Bahu Zahra. Bibirnya menguntum senyuman.
My beautiful family!

Selamat membaca jangan lupa komen ye :) Maaf jika capter ini tidak memuaskan hati anda..

Share this novel

Norliah Madon
2021-09-16 07:50:55 

best...

Atirah Zakaria
2021-09-15 22:22:50 

Angle tu bukannya sudut ke? Angel ejaan yg betul

Atirah Zakaria
2021-09-15 22:13:51 

Padahal dia tidur lena sebab ada rayyan


NovelPlus Premium

The best ads free experience