Call Girl 2

Romance Series 1321587

SEJAK tiga puluh minit yang lalu punching bag didepannya itu ditumbuk bertalu-talu sekuat hati.Melihat kemesraan pasangan tadi membuatkan hatinya kian membara. Dia cuba melepaskan amarahnya pada punching bag itu namun tidak berhasil.

"Baby huh?" Dadanya berombak kuat, Dicuba menahan api kemarahannya. Matanya dipejamkan seketika.
Malam itu masih segar bermain dimindanya, Bagaimana sentuhan hangat gadis itu bersamanya. Lenggok tubuh itu bersatu dengannya. Suara desahan gadis itu yang memanggil namanya merayu mahu dia melayani kemahuan gadis itu Dan Segalanya yang berlaku malam itu Seperti kaset yang mengulang tayang dimindanya.
"Fuck!" Satu tendangan kuat membuatkan punching bag itu terjatuh menyembah lantai. Pekerjanya yang juga berada dalam bilik Latihan dan gim itu hanya mampu menunduk.
"Clean all that mess." Sarung tangan dibuka dan dilemparkan. Dia yerus berlalu dari situ.

"Jason..Je veux toutes les informations sur mon bureau maintenant. ( I want all the information on my office now!)
"Oui Monsieur ( Yes sir..)" Lelaki yang bernama Jason hanya menganggukkan kepalanya.
ZAHRA tersenyum manis apabila dia melihat seorang wanita yang sibuk mengacau makanan diatas dapur. Pelahan lahan dia melangkaH mendekati wanita itu dan terus memeluk tubuh itu dari belakang.
"Oi mak kau.." Latah wanita itu. Puan Fatiha mengurut dadanya. Lengan zahra ditampar kuat. Terkekek kekek Zahra ketawa.
“Hadui la Ummi, Senak perut orang gelak ." Ujar Zahra. Tubuh Ibu saudaranya di peluk kembali.
"Rindu."
“Anak bertuah oi, Ini Kalau maklong ada sakit jantung dah jalan terus tadi!"
Api di dapur dimatikan. Lauk diceduk didalam mangkuk kaca dan dibawa ke meja makan.
"Ishh tak mau la cakap merapu Ummi ni. tak suka la!" Rengek Zahra.
Puan Fatiha ketawa kecil.
Anak gadis didepannya ini dipandang senyuman terukir cantik dibibir tua itu. Dari kecil gadis itu dijaganya, Kerana kedua ibubapa Zahra terlalu sibuk bekerja.
“Ummi bergurau sayang. Dah jom makan kita makan.”
“Mana Luth?"
"Eh tadi masuk sekali dengan baby." Zahra memalingkan wajahnya melihat ke arah belakang.
"Ha itupun pujaan hati dinda.."Ujar Zahra. Luth mendekati mereka.
"Kanda datang adinda marilah kita makan bersama." Dia mendekati Puan Fatiha pipi kanan ibunya itu dikucup lalu melabuhkan punggung dihujung meja. Manakala Puan Fatiha disebelah Zahra.
"Baby kenapa tak makan lagi ni? Makan cepat nanti sejuk nasi tu." Lembut suara Puan Fatiha menegur Zahra.
"Tak lapar lagi." Nasi dia depannya di kuis.
"Kenapa ni.."
"Abang Luth kiss Ummi je tapi dengan baby tak pun.."Mendengar omelan Zahra, Mereka ketawa. Puan fatiha menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Jealous ya..." Luth bangun sedikit dan tubuhnya dibongkokkan.
"Muuuaaaaah..." Satu ciuman hinggap di pipi Zahra.
"Yehh Thank you kanda. Love you! Ha baru la Adinda terasa kelaparan..." Zahra tersengih.
USAI makan malam. Zahra meminta izin untuk pulang kerumahnya. Puas dipelawa Puan Fatiha meminta gadis itu bermalam sahaja disini, Namun ditolak lembut oleh Zahra. Dia melangkah keluar. Kereta yang di parking di depan rumah Semi D itu di tuju. Luth hanya mengikut langkah gadis itu dari belakang.
"Baby still buat kerja partime tu ke?" Soal Luth memecahkan kesunyian mereka.
Zahra yang sudah membuka pintu kereta itu memalingkan wajahnya memandang Luth.Satu senyuman hambar tergaris dibibir gadis itu.
"Ye. Cari duit poket.."
"Baby...."
"Abang boleh tak kalau kita jangan cakap pasal ni lagi please... baby tak nak gaduh.." Lembut sahaja suara Zahra matanya memandang anak mata Luth.
Luth memandang wajah manis itu. Tangannya naik mengusap kepala Zahra. Kepala Zahra ditarik sedikit lalu satu ciuman diberikan didahi Zahra.
"I’m sorry. Apa-apa pun Abang nak baby jaga diri. I love you.."
Zahra mengangguk. Dia terus masuk ke dalam kereta. Cermin tingkap di bahagian pemandu dibuka.
“Bye Abang."
"DADDY!" Suara Carol memanggil ayahnya.
"Yes honey." Rambut anaknya diusap lembut.
"I want sleep." Matanya digosokkan mengunakan sebelah tangan. Kepalanya dijatuhkan dilengan sasa ayahnya itu.
Carlos memusingkan tubuhnya sedikit. Buku cerita di tangannya di letakkan ditepi meja. Suis lampu diubah menjadi sedikit gelap.
"Come...." Tubuh anaknya yang sedang baring dipeluk kemas pelahan lahan punggung anaknya itu ditepuk.
"Daddy...." Mata Carol sudah terpejam.
"Yes sweetheart.."
"When will you bring mummy to our house?"
Jeda.
"Soon sweetheart soon.. Now sleep okey sayang.."
Setelah memastikan Carol tidur, Carlos terus melangkah keluar. Tubuh sasa yang hanya memakai tracksuit paras peha dan tshirt putih itu ditegur.
“Monsieur. il est arrivé chez lui.( Tuan. dia sudah sampai dirumahnya ).”
“Thanks Josan.”
Sudah membersihkan diri Zahra mendekati Almari bajunya. Seluar dalam di pakai dan diambil Tshirt besar berwarna merah jambu disarungkan pada tubuh. Tshirt yang besar itu hanya menutup sebahagian pehanya sahaja.
Zahra segera memanjat katil Tubuhnya dibaringkan dan selimut diambil lalu menutup tubuhnya yang mengiring ke kiri katil. Matanya dipejamkan. Nafasnya diatur pelahan.
Bunyi Derapan kaki seseorang memasuki biliknya perlahan lahan kedengar diruangan biliknya yang sunyi. Zahra tidak terkesan kerana terlalu letih. Tanpa sedar dia sudah lena dibuai mimpi indah.

Lelaki itu memerhatikan Sekeliling bilik. Sliding door yang terbuka sedikit ditutup. Aircond bilik itu dipasang. Lelaki itu mengalihkan matanya pada tubuh seorang gadis yang sudah terlena diatas katil. Tubuh itu menggoda pandangan matanya, Tshirst yang sudah terselak menampakkan seluar dalam itu membuatkan keinginan nafsunya membuak-buak.
Dengan berhati-hati dia menaiki katil dan berbaring disebelah Zahra tidak mahu membangunkan gadis itu. Di angkat sedikit tubuh Zahra kepala gadis itu diletakkan pada lengannya.
"Hmmm" Rengek Zahra
"Shhhh Just sleep love.." Ubun-ubun gadis itu dikucup. Lengan berototnya disebelah kanan naik memeluk tubuh kecil itu dan ditarik rapat pada tubuhnya. Wajahnya disembam pada leher gadis itu. Aroma tubuh itu membuatkan hampir terleka Nafsunya cuba ditahan sebaik mungkin.
Akhirnya gadis ini berada kembali didalam dakapan hangatnya. Dan dia akan pastikan bukan untuk kali ini sahaja tetapi selamanya. Lelaki itu tidak sedar berapa lama mereka berkeadaan begitu. Dan sesaat kemudian dia juga di jemput lena.

Share this novel

Norliah Madon
2021-09-14 22:06:06 

kita pulak yg penasaran...cam ner reaksi zara bila dlm pelukan lelaki


NovelPlus Premium

The best ads free experience