PROLOG

Romance Series 1321834

PROLOG

ZAHRA berjalan laju dari tempat letak kereta ke dewan kuliahnya. Jam sudah beranjak ke angka 9.05 pagi. Dia sudah terlewat 5 minit. Habis la, Pasti pensyarahnya Prof.Hairi akan mengamuk kali ini. Hampir setiap hari dia terlewat bulan ini.
Tiba di hadapan dewan kuliah itu, Perlahan-lahan pintu di depannya di ketuk dan dia memberanikan diri untuk masuk. Dewan yang tadinya bising tiba-tiba sunyi. Semua mengalihkan pandangkan ke arah pintu.
Zahra mengangkat kepalanya apabila melihat ke hadapan dia menarik nafas dalam apabila melihat tiada Prof. Hairi di situ. Dia terselamat hari ini. Dia terus berjalan dan duduk bersama rakan-rakannya.
"Kau terbabas lagi ke?" Soal Adila
"Aah.. Aku sedar dah pukul 7.30pagi Kalang kabut siap." Ujar Zahra sambil tersengih.
"Nasib ang la wey hari ni depa kata dia tak masuk kelas sebab ada meeting." Sampuk Farah.
"Fuh.. Selamat aku." Zahra melepaskan nafas lega.
IPHONE yang berdering kuat di atas meja itu dicapai nama panggilan yang tertera DI screen membuatkan Zahra melihat jam di dinding sekilas. Jam di dinding sudah menunjukkan 8.30 malam. Dia yang sedang melayan Drama di TV mengeluh perlahan.
"Halo." Sapanya apabila pangilan itu dijawab.
"Babe busy ke?" Soal pemangil.
"Boleh tahan juga la. Kau kenapa?"
"Babe nak minta tolong sikit boleh..."
Zahra mencebik."Apa dia.."
"Ganti aku malam ni boleh please please please....." Suara di hujung talian itu merayu.
"Aku nak rehat la malam ni" jawabnya malas.
"Please Ara, Dia dah booking dari last week lagi. Skop kerja kau senang je, Just teman dia. Aku rasa dia bukan orang sini.."
Zahra mendengus geram! Dah la last minit macam ni nak suruh tolong cover nasib la dia memang nak cari duit poket sekarang ni.
"Okey.Dekat mana ?"
"Skybar Traders hotel 10pm"
"Tisha kau tahu kan aku...."
"Ala Please please please....aku dah deal all rule dengan dia. Dan dia setuju. Please babe aku dah text dia maklum someone akan ganti aku pleaseeeeee.....Dia just booking untuk teman dia minum je please..." Suara Tisha betul-betul merayu.
Zahra menarik nafas dalam sambil otaknya ligat memikir jawapan. Dan akhirnya dia mengalah.
"Text aku nombor dia "Ujar Zahra.
"Thanks babe sayang kau sangat. Kejap aku text nombor dia."panggilan terus dimatikan.
Zahra bangun dan terus menuju ke biliknya. Dia harus bersiap. Seluar Jeans paras peha dan Tshirt oversize colour hitam disarungkan di tubuhnya. Sling bag berjenama coach disilang di badan. Rambut yang panjang beralun itu sengaja di biarkan lepas. Sedikit solekan nipis menaikkan lagi kecantikan aslinyanya.
Tit !
IPHONE dibaling diatas katil sebentar tadi dicapai nombor telefon yang terteka dia whatsapp itu dia tekan. Beberapa kali jarinya menari di screen itu dan pesan baru di hantar kepada bakal penerima.
-HI, i kawan Tisha
-I’ll be there in 30minit ?
HAMPIR Dua puluh minit perjalan Zahra tiba di sana. Perlahan-lahan Zahra berjalan memasuki Skybar itu. Iphone di tangannya diperhatikan pesan yang diterima sebentar tadi agak pelik.
-Datang terus dekat i, dari pintu sebelah kanan table ketiga mengadap KLCC acting like you my gf Tq!
Zahra melihat sekali lagi pesan itu. Dan dia cuba mencari kedudukan lelaki itu. Matanya dapat menangkap kehadiran lelaki yang membelakanginya sedang duduk bersama seorang gadis yang agak sexy mungkin kenalan lelaki itu. Zahra mendekati figura itu. Dia berjalan berhati-hati kerana di tengah kelab itu mempunyai sebuah kolam. Nafasnya ditarik dan di hembuskan. ‘Easy Ara easy. Kau belakon je..’ Pujuk hatinya.
Leher lelaki itu dirangkul kemas satu kucupan pada mulanya disasar ke pipi lelaki itu tersasar ke bibir apabila lelaki itu memalingkan wajahnya.
CUP!
Membulat mata Zahra seketika. Lelaki itu juga terkejut perbuatan yang tak di sangkakan.
"You guys memang nak main mata je ke ?."
Tersentak itu mereka tersedar. Merah wajah Zahra menahan malu. Nafas ditarik pelahan senyuman manis ditarik menghiasi wajahnya. "Sorry I lambat sikit adahal tadi." Tangannya naik mengusap lembut wajah lelaki di depannya itu.

Wow! Rezeki malam ini dapat partner yang Hot and Spicy. Walaupun keadaan di dalam kelab itu agak gelap tetapi cahaya yang samar-samar dapat dia melihat kekacakkan lelaki itu.
"It’s Okey. Come." Lelaki itu menolak tangan Zahra yang memeluk lehernya. Tangan gadis itu ditarik sedikit sofa yang kosong disebelahnya ditepuk. Zahra melabuhkan punggungnya bersebelahan lelaki itu.
"So ini girl you?" Soal Seorang gadis didepannya.
"Yup my beloved girlfriend and become my future." selamba lelaki itu menjawab. Zahra hanya tersenyum. Dia dapat merasakan tangan lelaki itu naik memeluk pinggangnya.
Zahra memandang sekelilingnya. Tempat ini seperti sudah ditempah sepenuhnya untuk mereka. Dapat dia rasakan aura lain dengan gaya perbualan mereka.
"Aku nak pergi dekat sana kejap" Bisik lelaki itu pada Zahra.
Zahra mengangguk. Jam di pengelangan tanganya dipandang sekilas. Langkah lelaki itu menuju ke meja bar hanya dihantar melalui ekor matanya. Dia hanya menunggu di meja itu sambil memerhatikan gelagat manusia disana dan dia yakin mereka sudah hilang dari dunia nyata.
"So you first time ke datang sini?" Soal gadis itu.
Zahra mengangguk
"Ye.first time. Datang Skybar ni." Balas kuat Zahra melawan muzik disitu.
"Boyfriend you tu mesti busy dekat sana" Zahra mengalihkan pandangan ke arah yang di tunjukkan gadis itu. Berkerut dahinya bila melihat diatas meja bar itu sudah di penuhi dengan gelas kosong. Dan di situ terdapat beberapa orang lelaki seperti mereka sedang bermain suatu permainan.
"One of them dah nak kahwin so tengah buat game la tu.." Jelas gadis itu.
"You tak join?"Soal Zahra.
"Malas tak ada mood! Eh nah air you lupa pulak." Gelas dihulurkan pada Zahra.
"Thanks!" Zahra tersenyum dan mengambil huluran itu.
ZAHRA tersedar dari tidurnya apabila terasa ruangan katil itu sempit dan separuh badannya seakan ditindih. dia cuba membuka matanya sedikit tetapi kembali tertutup bila sakit dikepalanya kembali menyerang. Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan wangian yang menyerbu masuk dirongga hidungnya membuatkan dia memaksa diri membuka mata.
Zahra menunduk dia tidak selesa bila terasa sesuatu melingkari pinggangnya. Dia hampir menjerit bila melihat tangan yang berotot itu memeluknya. Comforter ditolak perlahan dan cuba mengalihkan tangan itu agar pemiliknya tidak sedar. Sakit dikelangkangnya di biarkan seketika. Dia harus keluar dari bilik ini secepat mungkin.
Setelah berjaya mengalihkan tangan itu. Zahra bangun dari katil. Rasa tidak sakit ditubuhnya diabaikan. Pakaiannya yang bertaburan itu dikutip satu per satu. Tanpa sedar air matanya jatuh. Selesai sahaja menyarung pakaian dia terus meninggalkan bilik itu. Tanpa sedikitpun dia menoleh melihat siapa lelaki yang sudah mengambil kesuciannya. Dia terus melangkah keluar.
Apa yang berlaku? Bagaimana dia boleh menyerahkan segalanya pada lelaki yang langsung tidak dikenali. Sedar sahaja pagi ini, Dia sudah berada diatas dikatil bersama lelaki asing itu.Siapa lelaki itu bagaimana kalau dia mengandung zuriat lelaki itu. Bertubi-tubi soalan bermain difikirannya
Zahra terus menuruni lif memandangkan dia masih berada di hotel yang sama. Butang Basement ditekan. Sampai sahaja dia paking itu dia terus memasuki keretanya dan berlalu meninggalkan tempat yang membuatkan sejarah hitam dalam hidupnya.
RAYYAN yang tersedar dari tidurnya. Dia meraba-raba diruang kiri disebelahnya mencari tubuh gadis yang menghangatkan malamnya itu. Hatinya tidak senang bila tubuh yang dicari tiada. Matanya terus terbuka. Dahinya berkerut.
"Amylia." Nama gadis itu Panggil. Boxer dihujung katil dicapai lalu disarung. Bilik air didalam suite mewah itu dituju daun pintu itu dipulas.
Kosong!
Dia mengelengkan kepalanya wajahnya berkerut hatinya mula panas."Shit!" Kehangatan tubuh gadis itu masih terasa sehingga kini. Apa yang berlaku malam tadi sangat lain. Sentuhan. Belaian dan desahan gadis itu begitu indah padanya. Segala yang berlaku antaranya dan gadis itu dalam kesedarannya.
Rayyan memejamkan matanya. Fikirannya kembali mengingati gadis itu. Desahannya sentuhan dan segala tentang gadis itu bermain dimindanya. Dia inginkan gadis itu dan dia akan pastikan dia yang pertama dan lelaki yang terakhir menyentuh gadis itu. Ya Gadis itu miliknya dan selamanya akan menjadi miliknya.

Enjoi Yer :)

Share this novel

Faiq Faiq
2022-03-08 21:13:24 

hh

Nurul Huda Mat Yasin
2022-02-28 16:39:05 

x sabar next episod

Nurul Hafizatul Azura
2022-02-17 14:17:40 

maca mana nak dapat buku ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience