BAB 8

Romance Completed 6443

Wulan juga menggeleng-geleng tersenyum melihat telatah Raykal itu. Lagu cinta yang berkumandang di radio cukup membuai hati mereka, kereta Honda City yang dipandu Raykal meluncur laju meninggakkan perkarangan café itu.

Di satu sudut yang lain pula kelihatan dua kelibat dengan pandangan mata yang terjengil seakan tak percaya dua manusia yang saling bermusuhan itu sudah laju saja menunjukkan aksi romantis, tak percaya yang Wulan didukung oleh Raykal dan kini balik bersama-sama.

“Takkanlah Wulan dah tak ada kaki nak berjalan?” ucap Adit pada Leo yang juga tergamam melihat aksi romantis sahabatnya tadi.

Isnin itu, suasana kelas 5 Intelek aman dan damai tanpa sebarang jerit pekik dua manusia bernama Raykal dan Wulan.

Bahkan bukan juga seisi kelas,, malah cikgu-cikgu yang mengajar juga terpegun melihat kemesraan Raykal dan Wulan yang selamba bergurau senda di hadapan mereka. Sudah tiada lagi panggilan perempuan jadian atau mulut longkang.

Adit dan Leo patutnya meraa gembira kerana pelan mereka untuk melihat dua orang kawan mereka itu berbaiik berjalan dengan lancar namun entah mengapa mereka merasa sunyi pula bila Raykal dan Wulan tidak bertegang urat.

Nampak gayanya mereka semua perlu membiasakan diri dengan transisi baru Raykal dan Wulan yang dulunya ego nak mampus kini dah macam belangkas, ke mana saja pasti bersama.

“Jangan main-main dengan gaduh ni, kata orang tua, selalu bergaduh maka ada jodoh.” Ujar Leo.

“Kalau macam tu apakata mulai hari ini kita bergaduhm bertegang urat dan belasah satu sama lain, kot-kot kita dua ada jodoh,” Adit bergurau, tak semena-mena satu tamparan jantan mengena pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience