BAB 6

Romance Completed 6443

Satu jam itu mereka berdua habiskan dengan bersembang kosong, langsung tak sedar kalau-kalau mereka berdua itu asalnya dua seteru kuat yang pantang berjumpa pasti bergaduh.

Hingga adakalanya Wulan tak sedar yang sesekali tangannya menyentuh tangan Raykal namun ia tidak diendahkan oleh Raykal. Mereka berdua larut dalam perbualan mereka bersama tawa canda di hadapan mini market itu.

“Boleh tahan lawak juga kau ni, aku ingatkan kau ni jenis skema tapi boleh tahan lucu dan layan jugalah bersembang dengan kau ni,” ujar Raykal pada Wulan membuat Wulan beras malu melihat jejaka di hadapannya itu yang sedang tersenyum.

“Takdelah, eh dah lewat ni, aku kena balik dulu. Takut nanti ibu dan ayah aku bising pula,” ujar Wulan seraya bangun mahu beredar dari situ, namun tak semena-mena dia tergelincir dan terjatuh di atas tangga.

“Aduhh kaki aku, kaki aku,” ujar Wulan menahan kesakitan sambil memegang kaki kanannya.

Wulan cuba bangun namun dia merasakan kesakitan yang maha dashyat membuatnya terduduk semula.

Raykal terus meluru mendapatkan gadis itu lalu memeriksa keadaan kaki Wulan.

“Dah, biar aku hantar kau balik ya,” ujar Raykal lalu membongkok menggendong Wulan. Wulan terkesima, pipinya membahang terasa merah. Raykal menggendong tubuhnya yang sedikit berisi itu.

“Dahla tu Raykal, tak mengapa, biar aku berjalan perlahan-lahan. Nanti esok-esok hari kaki aku dah sembuh, tulang belakang kau pula yang patah,” ujar Wulan berseloroh cuba menutupi ras malunya namun dalam masa yang sama dia berasa kasihan pada Raykal.

“Tenang je, aku ni orang lelaki, dari kau berjalan terkedek-kedek sampai tahun depan baru sampai ke café tu, biarlah aku yang dukung kau,” ujar Raykal berseleroh, Wulan hanya menurut saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience