BAB 3

Romance Completed 6443

Raykal merasa geli melihat perlakukan dua sahabatnya yang dah macam pasangan sejenis. Serta merta Raykal meluru masuk ke dalam kelas dan melepaskan pelukan dua sahabatnya itu.

Manakala Adit dan Leo pula hanya terpinga-pinga kehairanan namun masih teruja memikirkan perancangan mereka.

“Kau dah kenapa ni Adit? Lepaskan aku! AKu tak nak!” ujar Wulan berusaha untuk meleraikan pegangan tangan Ditto yang memaksanya untuk mengikutinya.

“Alah jangan banyak tanya, aku cuma mahu bawa kau ke tempat spesel je, makcik, pakcik, saya bawa Wulan keluar sekejap ya. Jangan risau, nanti saya hantar dia balik,” Adit meminta izin daripada kedua orang tua Wulan yang juga merupakan sepupunya.

“Dah pergilah Wulan, kasihan dengan Adit tu. Jauh-jauh datang semata-mata nak bawa kamu jalan. Pergila lagi pula esok tak sekolah,” ujar ibu Wulan dan disambut dengan senyuman puas hati daripada Adit. Wulan memandang Adit dengan pandangan berang.

Wulan menghayun lesu langkahnya, dia sama sekali tak berminat untuk datang ke tempat ini. Meskipun dia juga menerima undangan namun dia tetap tidak berminat untuk datang ke tempat seperti ini, bersosial dengan orang yang tidak dikenalinya.

Mata Wulan semakin bundar saaat melihat saat melihat dua kelibat sedang berdiri tidak jauh dari kereta Adit. Wulan mahu mengangkat kaki namun laju saja Adit menarik tangan Wulan memintanya agar jangan pergi.

Puas bergelut dan bermacam kata seranah untuk Adit, akhirnya Wulan menurut saja, dia sudah tidak berdaya untuk melawan ajakan Adit.

Raykal yang pada mulanya merasa aneh dengan pelawaan Leo yang bersungguh-sungguh datang menjempuutnya ke rumah sudah semakin jelas dan faham akan perangan dua sahabatnya itu saat melihat kelibat Adit dan Wulan yang berada di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience