BAB 1

Romance Completed 6443

“Wulan dan Raykal”

“Apa? Tak Nak!” Satu suara gadis kedengaran seakan menunjukkan rasa protes pada keputusan yang dibuat oleh Cikgu Nita, guru kelas mereka. Wulan menarik kerusinya sejauh yang mungkin sedangkan Raykal pula cuma memerhatikan saja tingkah gadis itu dengan rasa meluat.

“Apa kau ingat aku nak sangat duduk dengan pompuan jadian macam kau ke?” perli Raykal seakan tak bisa membayangkan betapa susahnya nak berkongsi tempat duduk yang sama dengan Wulan.

Raykal akui yang Wulan memang cantik bahkan sejak kali pertama dia mengenali Wulan lagi dia sudah terpaku pada keccantikan Wulan tapi sejak dia mengenali perangai gadis itu selama setahun, serta merta keinginannya untuk menjadikan gadis itu kekasih dipadamkan.

“Eh, tu mulut takde insurans ke? Sesedap mulut je kau kata aku perempuan jadian?” tanya gadis itu dengan padangan yang tajam.

“Hey Hello tolong sikit kau ingat aku sesedap hati je ke cakap macam tu? Dah hakikatnnya perangai kau tu keras dan hatikau dingin macam ais!” balas Raykal tak mahu kalah.

Dan serta merta suasana kelas yang tadinya sunyi kini pecah dengan gilai tawa melihat perlakuan dua manusia yang persis anjing dan kucing, semua mengenali mereka yang pantang bertemu pasti bercakaparan.

Sudah dua tahun mereka duduk sekelas dan itu sudah menjadi pandangan biasa bagi mereka. Kedua-duanya enggan mengalah, ego namun aneh, kerana takdir selalu saja menemukan mereka berdua, dan kini mereka harus duduk sebelah-menyebelah.

“Sudah, sebarang bantahan tidak akan diterima. Jika terus berkeras untuk duduk di tempat lain dengan senang hati saya sarankan agar korang berdua berambus dari kelas saya!” jerit Cikgu Nita membuat sesisi kelass senyap serta merta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience