BAB 2

Romance Completed 6443

Perlahan-lahan Wulan mengheret semula kerusinya dan duduk bersebelahan Raykal. Jejala itu menjeling tajam pada Wulan lalu menoleh pandangannya ke hadapan.

Boleh hancur diet aku kalau setahun duduk dengan mamat ni. Apalah malang nasib aku,” luah Wulan seraya menekup wajahnya.

Sukar untuk dia membayangkan bagaimana harus dia habisskan setahun duduk dengan Raykal. Dia merasakan perutnya senak memulas, tak lama kemudian dia meminta izin untuk ke bilik air.

“Bro ingat tak malam ni ada opening launch dengan café depan sekolah kta ni, aku ada idea baik punya,” ucap salah seorang pelajar memecahkan kesunyian kelas 5 intelek sedang pelajar lain sedang mengisi perut di kantin justeru Adit dan Leo yang masihh belum ada selera untuk makan.

Selalunya mereka berdua akan jadi geng kamceng Raykal namun hari ini dua sidekick Raykal itu berehat di kelas sementara Raykal seorang melahap di kantin.

“Apa idea kau tu? Nak ajak aku dating ke? tanya Leo yang membuat Adit loya tekak.

“Kau gila ke apa Leo, seburuk-buruk muka aku belum lagi sampai ke tahap nak mengunyit dengan kaum sejenis, Nabi tak mengaku umat tau tak? Macam ni, aku rancang apakata kita suruh Raykal dan Wulan saja yang pergi.”

“Hemm, boleh juga tuh.Lagipun malam ni malam minggu, gereti dua orang anjing dan kucing tu duduk menongkrong saja di rumah tak buat apa.”

“Okay kan rancangan aku kan? See baik punya. Siapa tahu selepas ni dua ekor tu boleh jadi rapat dan bercinta. Ha Ha Ha geli hati aku tak pernah segembira dan excited seperti ini,” ujar Adit dan Leo saling berpelukan teruja langsung tidak menyedari saat itu

Wulan berada di belakang mereka diikuti oleh Raykal yang masih menyedut air 100 plus yang dipegang di tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience