BAB 7

Romance Completed 6443

Raykal masih berjalan menggendong Wulan, sesekali peluh jantannay merecik di dahi. Wulan mulai merasa tidak selesa dan meminta Raykal menurunkannya namun Raykal tetap berkeras mahu mahu menggendongnya sehingga ke tempat letak kereta sambil sesekali cuba membetulkan postur Wulan yang hampir terjatuh.

Raykal terus bercerita tentang perkara-perkara lucu membuatkan Wulan juga ketawa.

“Tak sangka yang kau ni baik orangnya, selama ni aku fikir yang bukan-bukan tentang kau,” tutur Wulan dengan perasaan bersalah kerana selama ini dia membenci dan memandang serong pada Raykal.

“Sebab tu ada kata pepatah, “ belum kenal maka tak cinta”. Jangan nilai seseorang itu hanya pada padangan mata kasar semata.Yang kelihatan macam jahat tak semestinya jahat begitu juga sebaiknya. Lagipun takkanlah aku tergamak nak tengok kau jalan tempang macam ni,” ujar Raykal lagi.

“Okay, kalau macam tu apakat mulai hari ini kita berbaik, friend?” Tanya Wulan sambil memegang bagu Raykal saat mereka sudah berada di dalam perut kereta.

“Kawan je? Tak lebih dari itu?” pertanyaan Raykal itu membuatkan mulut Wulan ternganga. Bingung memikirkan maksud di sebalik kata-kata Raykal itu.

“LebiApa maksud kau Raykal?”

“Tak adalah, abaikan saja!” ujar Rey seraya menghidupkan enjin keretanya sambil tersenyum girang.

Entah kenapa dia merasa gembira, hatinya berbunga-bunga mendengar kata-kata Wulan yang sudi berkawan dengannya. Ia adalah jalan permulaan kepada lebih banyak hari-hari penuh bahagia buat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience