BAB 6

Family Completed 668

Saya memandang Kak Sal.

Seolah-olah mengerti pandangan saya, Kak Biah memberitahu. “Mak Esah
sekarang bukan lagi Mak Esah yang cikgu kenal dahulu. Mak Esah sekarang
sudah gila. Sudah tidak siuman,”

Kata-kata Kak Biah menyentap jantung saya. “Saya tak faham Kak Sal,” Saya
inginkan penjelasan lanjut daripada Kak Sal.

“Mak Esah jadi begini selepas kematian Rohaya , ”

Saya kembali tersentak. Rohaya sudah mati? Budak bertocang dua dan
berpipi tembam itu sudah tiada di dunia?

“Rohaya mati?” saya menginginkan kepastian atas apa yang saya dengar.

“Masa itu umur Rohaya 13 tahun. Rohaya tergelincir ke dalam tali air.
Dia lemas,” beritahu Kak Sal.

Saya menarik nafas. Dada saya semacam tersekat. Air mata saya menitik
perlahan. Lama sudah Rohaya tiada dan baru hari ini saya tahu tentang
ketiadaannya.

“Mak Esah tidak dapat menerima kenyataan kematian Rohaya . Dia tetap
menganggap Rohaya masih hidup. Sebab itulah dia asyik memasak Pajeri
Jantung Pisang, kegemaran Rohaya . Mak Esah selalu menunggu kedatangan
anaknya,” Kak Biah menyambung ceritanya.

Saya jengah ke dalam pondok. Benar ada gulai Pajeri Jantung Pisang di
dalam periuk. Pajeri yang sudah basi. Air mata saya tidak mampu disekat
lagi.

“Pak Nadir ?”

“Pak Nadir kerap kali masuk pusat serenti. Pak Nadir juga punca Mak Esah
jadi begitu. Dia tiada sesiapa untuk bergantung,”

Saya mengeluh. Saya cuba merasakan kesedihan Mak Esah . Saya juga tak
sangka Pak Nadir penagih.

“Kak Biah tahu semuanya tentang Mak Esah ,”

“Kalau cikgu nak tahu, saya sepupu dengan Pak Nadir . Jadi Mak Esah itu
saudara saya juga,” jelas Kak Sal.

Jelas, barulah saya faham mengapa Kak Biah tahu serba serbi tentang Mak Esah .

“Hei... kamu berdua buat apa? Mahu curi Pajeri Jantung Pisang
Rohaya kah?” saya terkejut apabila dijerkah begitu. Saya lihat seorang
tua berbaju kusam dengan rambut menggerbang berada tidak jauh daripada
kami. Keadaan wanita tua itu mengingatkan saya tentang kejadian di Pasar
Mini Indah tempoh hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience