BAB 7

Family Completed 668

“Mak Esah ... ini Sal. Kami hanya lalu di sini sahaja,” Wajah Kak Sal
tenang. Dia cuba mententeramkan Mak Esah .

Sebaik sahaja dia menghampiri kami, saya cuba merenung Mak Esah .
Keadaannya tidak terurus. Tetapi wajahnya masih seperti dahulu. Cuma
yang membezakannya, wajahnya sekarang berkedut dan sedikit hitam.

Tiba-tiba Mak Esah memandang saya. Ralit dia memerhati. “Rohaya ,”

“Dia bukan Rohaya . Dia cikgu yang mengajar di sekolah sana,” terang Kak Sal.

“Rohaya ... kau sudah pulang. Kau sudah pulang. Orang kampung... kamu
semua tengok, anak aku sudah pulang,” Mak Esah mengelilingi saya. Dia
meraup wajah saya. Saya biarkan sahaja walaupun dalam hati saya bergetar.

“Mak Esah ... ini bukan Rohaya ,” Kak Biah cuba menarik tangan Mak Esah agar
tidak menyentuh saya.

Saya mengisyaratkan kepada Kak Biah agar membiarkan sahaja.

“Ibu masak Pajeri Jantung Pisang untuk Rohaya . Rohaya tentu lapar.
Rohaya nak makan ya...,” Mak Esah terus masuk ke dalam pondoknya.

“Cikgu... cikgu pergi segera,” Kak Biah mengisyaratkan agar saya segera
beredar.

“Tapi..,”

“Jangan bertapi-tapi lagi. Sebelum berlaku perkara yang tak elok lebih
baik cikgu pergi segera,” kali ini suara Kak Biah bernada marah.

Saya serba salah. Namun kaki saya terus melangkah meninggalkan Kak Sal,
Mak Esah dan pondok kecil itu.

Pengakhiran hidupnya

Di rumah, saya tak senang hati. Duduk saya gelisah. Bangun saya gundah.
Saya capai telefon. Telefon ibu dan ayah. Beritahu mereka akan hal yang
telah menimpa Mak Esah dan tentang kematian Rohaya . Mereka berdua juga
terkejut. Tidak menyangka begitu perjalanan hidup Mak Esah . Ibu dan ayah
cadangkan saya supaya jumpa Mak Esah . “Walaupun dia tidak sihat tapi kita
pernah kenal dia. Kita pernah berjiran dengannya. Ziarahilah dia”
nasihat ayah. Saya akur. Ayah juga berjanji akan datang melawat Mak Esah
suatu ketika nanti.

Pantas kunci kereta dicapai. Segera saya ke sana. Saya mahu berjumpa
dengan Mak Esah . Ya... saya mahu sendirian dengan Mak Esah tanpa ada Kak
Sal. Kereta saya pandu laju.

Sampai di suatu tempat saya lihat ramai orang. Mereka mengelilingi
sebatang tali air. Saya memberhentikan kereta. Saya ingin tahu, apa yang
dilihat mereka. “Cikgu... cikgu...,” Saya dengar seseorang memanggil saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience