BAB 5

Family Completed 668

“Kak Biah baru pulang dari kebun. Kalau hari cuti begini, Kak Biah selalu
ke kebun. Bercucuk tanam,”

Barulah saya faham, kenapa Kak Biah membawa parang.

Kak Biah duduk di atas sebatang tunggul kayu. “Tak sangka cikgu orang
kampung ini. Saya sangka cikgu orang Kuala Lumpur,”

“Saya dilahirkan di sini. Kemudian keluarga saya pindah ke Kuala Lumpur.
Lama juga saya tak pulang ke kampung ini,”

“Cikgu datang ke sini sebab nak mengimbau kenangan lamalah ya,” Kak Sal
ketawa kecil.

“Begitulah kiranya. Sebenarnya saya berhajat nak jumpa jiran lama saya,”
saya berterus terang.

“Siapa?”

“Mak Esah . Kak Biah kenal?”

Wajah Kak Biah berkerut. “Kenal,”

Saya teruja. “Mak Esah dah berpindahkah?”

Kak Biah semacam gelisah untuk memberitahu. “Tak. Dia ada di kampung ini
lagi,”

“Kak Biah tahu rumah Mak Esah . Boleh tunjukkan pada saya,” pinta saya
segera, tidak sabar.

Kak Biah makin gelisah. Wajahnya semacam menggambarkan dia kurang senang
dengan permintaan saya.

“Kalau keberatan tak mengapalah. Cuma... saya mohon jasa Kak Sal
beritahu arah rumahnya. Saya sudah lama tak berjumpa dengan Mak Esah ,”
rayu saya.

Kak Biah bangun. “Itulah rumah Mak Esah ,” tunjuk Kak Biah ke arah pondok
kecil yang hampir runtuh.

Saya termanggu. Berulang kali saya memandang Kak Sal. Adakah Kak Sal
mahu bergurau?

Melihat saya diam, Kak Biah mengajak saya ke pondok tersebut. Saya hanya
mengikut Kak Sal.

Sampai di pondok, saya dapat melihat jelas keadaan pondok tersebut.
Pondok berlantaikan tanah itu penuh dengan baju-baju yang berselerakan.
Beberapa biji pinggan dan mangkuk bertaburan. Ada juga beberapa buah
periuk yang disusun di atas sebatang kayu. Mata saya tertancap ke arah
beberapa biji jantung pisang buruk dan berbau busuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience