BAB 3

Family Completed 668

Rasepi pajeri

Malam itu, saya payah lena.

Saya tidak tahu mengapa peristiwa di pasar mini itu melekat kuat dalam
ingatan saya. Saya asyik fikir soal wanita gila itu sahaja. Saya
teringatkan jantung pisang yang cuba dicurinya. Serta merta ingatan saya
teringatkan Mak Esah , Rohaya dan Pajeri Jantung Pisang mereka. Oh... saya
benar-benar terlupa kepada mereka. Saya mahu segera mencari mereka. Saya
mahu merapatkan silaturrahim yang lama terburai. Juga, saya mahu
menikmati Pajeri Jantung Pisang Mak Esah .

“Resepi masak Pajeri Jantung Pisang ini sama sahaja dengan resepi Pajeri
Nanas. Cuma nanas itu sahaja yang diganti dengan jantung pisang,” kata
Mak Esah ketika saya minta diajar membuat masakan kegemaran Rohaya itu.

“Mak Esah beritahu bahan-bahannya,” pinta saya. Saya sudah bersedia
dengan pen dan kertas.

Kemudian, Mak Esah menyebut tentang bawang putih, bawang merah, kunyit,
lada kering, serbuk ketumbar, jintan manis, bunga cengkih, bunga lawang,
kulit kayu manis, lada hijau, santan pekat, gula pasir dan garam. Saya
mencatat dengan tekun.

“Jangan lupa bahan yang penting, kerisik,” kata Mak Esah . Saya menambah
dalam senarai bahan yang ditulis.

Mak Esah kemudiannya mengajar saya tentang cara bahan-bahan itu dimasak.
Saya pelajari dengan beria-ia.

“Nanti kakak boleh masakkan Pajeri Jantung Pisang untuk Rohaya ?” Rohaya
yang leka memerhati kami berdua, mencelah.

“Tentu sahaja boleh,” ujar saya.

Saya terkejut. Rupa-rupanya saya bermimpi dan teringatkan kenangan
silam. Kenangan belajar masak Pajeri Jantung Pisang dengan Mak Esah .

“Malangnya Mak Esah , air tangan saya tak sama dengan air tangan Mak Esah .
Pajeri saya kurang rasa. Kurang sedap,” rintih saya sendiri, mengenang
kembali kata-kata ayah suatu ketika dahulu.

Saya rebahkan diri. Cuba untuk tidur.

Menjejak kenangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience