BAB 1

Family Completed 668

Memori silam melekat di ingatan…

Jika dihitung tempoh perkenalan ku dengan Mak Esah, ku kira sudah lama.
Cukup lama sehingga aku merasa selesa dengan mereka. Bukan Mak Esah
sahaja, saya juga kenal Pak Nadir , suami Mak Esah yang kurus kering dan
ketagih menghisap rokok daun. Dahulu, sebelum kami sekeluarga berpindah,
kami pernah berjiran dengan Mak Esah . Saya pernah menjadi kawan karib
kepada anak Mak Esah yang bernama Rohaya . Saya masih ingat lagi tentang
Rohaya . Gadis bertocang dua dengan pipi tembam yang suka mengunyah
gula-gula getah. Saya menggelar Rohaya sebagai Rohaya tocang dua.

Ketika itu usia Rohaya enam tahun dan usia saya lapan tahun.

Saya pernah bertanya kepada Rohaya , mengapa dia suka bertocang dua? Kata
Rohaya ; ibunya yang suka mengikat rambutnya begitu. Saya juga masih
ingat makanan kegemaran Rohaya . Pajeri Jantung Pisang. Pernah sekali,
Mak Esah masak Pajeri Nanas. Rohaya tidak mahu makan. Dia merajuk. Dia
menangis. Tangisannya kedengaran hingga ke rumah saya yang beberapa
meter daripada rumahnya. Saya yang tidak tahu apa-apa datang menjengah.
Bimbang jika apa-apa berlaku kepada Rohaya . Sementelah pula saya
risaukan tabiatnya yang suka mengunyah gula-gula getah. Bimbang Rohaya
tercekik atau tertelan gula-gula itu.

Setelah diberitahu Mak Esah tentang sebab Rohaya menangis, saya ketawa
terbahak-bahak. Rohaya menangis hanya disebabkan Pajeri Jantung Pisang!
Malangnya Rohaya menangis lagi kuat. Mungkin terkesan dengan ketawa saya
itu. Saya rasa amat bersalah. Saya pujuk Rohaya dengan membelikannya
gula-gula getah. Suatu keadaan yang terpaksa saya lakukan.

Mujurlah dia diam dan tidak menangis lagi.

Setelah kami sekeluarga berpindah, kami tidak lagi mendengar khabar
tentang Mak Esah sekeluarga. Saya juga tidak tahu berita tentang Rohaya .
Usia saya sudah 26 tahun. Bermakna Rohaya sudah 24 tahun. Kami
masing-masing menginjak dewasa. Saya kepingin benar berjumpa Rohaya .
Mungkinkah dia masih bertocang dua?

Wanita gila itu

Ketika mendapat tahu yang saya akan ditugaskan di kampung itu, saya
melonjak gembira. Saya akan mengajar di kampung lama saya. Saya berasa
tidak sabar untuk ke sana. Saya mahu mengimbas nostalgia. Saya mahu
mencium bau tempat saya dilahirkan. Saya mahu mencari Mak Esah dan Rohaya .

Dua minggu di kampung tersebut, saya amat sibuk. Saya perlu mencari
rumah sewa. Saya perlu menyediakan rancangan mengajar. Saya perlu
menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan kawan-kawan baharu. Saya
terlupa tentang Mak Esah dan Rohaya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience