BAB 5

Romance Completed 1502

“Aku ini dah gilakah selepas hilang kerja? Betul ke ada perempuan tadi? Takkan hantu bawa payung TESCO?” Rizman bertanya sendiri.

Kepalanya semakin sakit bagai ada pisau yang menikam kepalanya. Dunia Rizman berpusing sebelum perlahan-lahan menjadi hitam pekat!

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,” Rizman mendapatkan ketukan di pintu rumahnya.

“Payung TESCO?”sekaki payung yang dipegang oleh tetamunya itu menarik perhatiannya. Perempuan semalam!

“Saya bawakan awak bubur. Tengok daripada gaya awak letak ‘Cool Fever’ itu awak demam. Saya dengar awak pengsan semalam. Saya ini menakutkankah?” Rizman merenung tajam perempuan itu.

Ada ke orang tanya soalan dengan muka selamba macam itu, bagai tiada perasaan.

Rizman mempelawanya masuk dan dia hanya membiarkan pintu rumahnya terbuka demi mengelakkan fitnah.

Mulut orang mana boleh tutup! Setelah mendengar penjelasan daripada perempuan itu Rizman merasakan seperti dia baru sahaja diselmatkan daripada lemas di dalam laut bergelora.

Pada malam jumaat tersebut perempuan itu telah menginap di Hotel Saga, bilik 206 kerana baru pulang daripada luar negara. Dia telah melihat kejadian antaranya dengan Cik Lara dan bekas bosnya daripada awal hingga akhir.

Oleh sebab itu, dia memutuskan untuk mengikutinya untuk mengetahui di mana dia tinggal kerana perempuan itu dahagakan perkhidmatannya sebagai seorang pembuat kek yang berkualiti.

“Saya bersetuju! Hanya kemahiran inilah yang dapat saya gunakan untuk membantu keluarga saya di kampung. Jadi, saya perlu panggil awak apa?” Rizman bertanya dengan mulutnya yang penuh dengan bubur yang dibawa kepadanya oleh tetamu yang tidak disangka-sangka itu. Sedap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience