Suasana bingit di Café Nouvelle bagaimanapun mendamaikan telinga Manager Sis kerana ini menandakan ramai pelanggan yang berkunjung di kafenya itu.
Di suatu sudut, Rizman dan Sarah sedang membersihkan meja yang ditinggalkan oleh pelanggan setelah berpuas hati menikmati sajian di Café Nouvelle.
Di suatu sudut yang lain pula, Chen ligat melayani pelanggan dengan mesra sekali di kaunter bayaran. Tidak lekang senyuman di bibirnya ibarat kerang busuk.
“Rizman, kau suka kerja di sini?” Sarah memecahkan suasana kerana tidak selesa dengan keadaan mereka yang senyap sunyi.
“Eh, mestilah aku suka! Kenapa? Kau tak suka?” kali ini Rizman yang bertanya.
“Mana ada! Aku suka kerja di sini sebab aku dapat belajar banyak perkara dalam hidup ini. Macam mana kau boleh bekerja di sini? Masa aku datang dahulu kau dah ada di kafe ini,” tiba-tiba Sarah berminat untuk mengambil tahu bagaimana Rizman boleh menjadi pekerja pertama di Café Nouvelle.
Sudikah dia untuk bercerita?
“Hmmm… kau nak tahu ke? Cerita aku panjang tau.”
“Kasi pendek!” Sarah berseloroh dengan teman setugasnya di Café Nouvelle. Dalam lima tahun mereka bekerja masing-masing tidak pernah membuka kisah diri mereka.
“Apa yang cik buat ini?” Rizman tersentap dengan tindakan anak bos di tempat dia bekerja sebagai seorang pembuat kek di Kedai Kek Abadi.
Anak bos di tempat itu yang mesra dipanggil Cik Lara oleh pekerja-pekerja di situ.
Cik Lara merupakan seorang yang liar dan gemar membuang masa di kelab-kelab malam.
Share this novel