Dia telah dimanjakan dengan duit hasil titik peluh ayahnya yang mengusahakan Kedai Kek Abadi selama sedekad lamanya dan akhirnya kedai tersebut berjaya menjadi salah sebuah kedai kek yang terkenal di Malaysia.
Rizman ialah pekerja baru di kedai kek tersebut kerana dia telah berjaya melepasi temu duga untuk mengambil pembuat kek baru di situ.
Ayah Cik Lara merangkap bos Rizman sangat teruja apabila merasa kek buatannya dan dia percaya Rizman dapat meningkatkan kualiti kedai keknya yang terkenal itu.
Walaubagaimanapun, hati Cik Lara pula terusik dengan paras Rizman yang elok- dagu runcing, mata yang bulat, kulit yang putih gebu dan berbadan tegap dan sasa.
Pada suatu malam ketika hujan lebat turun membasahi bumi. Cik Lara telah berpakat dengan salah seorang pekerja di situ untuk memerangkap Rizman agar dia dapat mengahwininya.
Ini adalah disebabkan oleh, ayah Cik Lara yang tidak menyukai terjadinya hubungan antara pekerja dengan anaknya. Mereka tidak setaraf! Cik Lara memberi janji palsu kepada Zul, seorang pekerja yang tidak menyenangi Rizman bahawa dia akan menjadikan Zul sebagai pembuat kek utama di kedai kek milik ayahnya itu dengan syarat dia harus membantunya memerangkap Rizman.
“Rizman … tolong ambil I kat Hotel Saga ini. I tak larat nak drive. Kepala I pusing. Ambil I di bilik 201 ya. Bye!” Cik Lara cuba memancing Rizman untuk ke Hotel saga tempat di mana dia berada.
“Zul, kau call ayah aku sekarang,” Cik Lara memberi arahan.
“Hello, Bos! Saya nampak Rizman membawa Cik Lara yang tidak sedarkan diri ke Hotel Saga, bilik 201. Bos perlu datang segera. Saya bimbang kalau terjadi apa-apa kepada Cik Lara nanti,” Zul bersuara cemas melontarkan dialog lakonan mereka dengan baik sekali kepada bosnya.
“Bagus!” Cik lara berbisik jahat.
Share this novel