Beberapa minit kemudian, Rizman sampai dengan menaiki teksi. Badannya lencun mengharungi hujan lebat yang tiada tanda untuk berhenti.
Dengan fikiran untuk membantu anak bosnya Rizman bergerak laju sahaja untuk pergi ke bilik 201 seperti yang dimaklumkan kepadanya.
“Cik Lara!” Rizman bersuara lantang memanggil nama anak kesayangan bosnya itu setelah membuka pintu bilik 201.
“Akhirnya, awak datang untuk ambil saya, Rizman,” Cik Lara yang sedang berdiri di tepi jendela itu tersenyum puas kerana dia telah berjaya memancing Rizman bagi menemuiya.
“Rizman, marilah minum dengan saya,” Cik Lara menutup pintu.
Cik Lara cuba mendekati Rizman yang telah sedar bahawa dirinya diperangkap!
“Cik, jangan buat macam ini,” Rizman menolak Cik Lara dengan kekuatan lelakinya namun Cik Lara Berjaya menarik dua butang baju kemeja Rizman dan menyebabkan ia tercabut. Cik Lara terjatuh.
Dengan sepantas kilat pintu bilik hotel itu dibuka.
“Bos!” Rizman bagaikan tidak percaya.
“RIZMAN ! Macam ini kau balas kepada aku setelah aku bagi kau kerja di kedai aku. Orang miskin macam kau tak layak dengan anak aku. Ini gaji kau!” tanpa usul periksa Rizman dituduh menganiyayai anaknya.
Gaji terakhir Rizman dilempar tepat ke arah mukanya yang basah itu.
“Ayah jangan macam ini. Lara sukakan Rizman sebab itu Lara buat macam ini,” penjelasan yang telah terlambat untuk menjernihkan situasi ini.
“Ah, sudah! Ayah tidak mahu dengar apa-apa. Rizman pergi dari sini! Aku muak tengok muka kau,” keras suara bos Rizman itu menghalaunya. Dia reda.
Rizman berjalan longlai meninggalkan hotel tersebut. Tanpa mereka sedari ada yang memasang mata melihat keseluruhan yang telah berlaku kepada warga Kedai Kek Abadi tadi.
Share this novel