BAB 6

Romance Completed 1502

“Manager Sis,” perempuan itu menjawab pendek.

“Nama?” Rizman masih diselubungi oleh sifat inkuri. Jawapan Manager Sis tidak dapat memuaskan hatinya.

“Tak perlu tahu. Saya bos awak,” Manager Sis memerhati tepat ke mata Rizman.

Rizman akhirnya mengalah dan teruskan kerjanya meratah bubur tadi sampai licin. Berselera sungguh walaupun demam.

Manager Sis juga memaklumkan bahawa dia telah berpindah ke pangsapuri bersebelahan dengan Pangsapuri Murni, Pangsapuri Aman kerana Rizman adalah orang pertama yang dia kenali di sini.

Jauh di sudut hati Manager Sis, dia mengharapkan pilihannya tepat dan akan membantunya dalam membangunkan sebuah kafe yang bakal dibuka nanti.

“Oh, macam itulah kau bertemu dengan bos kita! Menarik,” Chen mencelah dari belakang Sarah dan Rizman.

“Kau pasang telinga ya dari tadi?” Rizman membuat aksi bagai mencekik rakan setugasnya di kaunter bayaran itu.

“Tapikan aku rasa macam pernah dengar ada orang cerita pasal payung TESCO tu. Di mana aku dengar ya?” Sarah meletakkan tangannya di dagu persis gaya seorang detektif. Dia cuba memutarkan kembali memorinya untuk menjawab soalannya sendiri.

“Entah,” Rizman terus berlalu pergi meninggalkan kawannya yang masih lagi tertanya-tanya untuk menyiapkan tugasnya di dapur pula.

“Kejap! Itu bukankah cerita seram kau hari tu?” Sarah terkejut besar seraya menudingkan jarinya ke arah Chen.

“Aku? Aku mana suka cerita hantu,” Chen membalas dalam terperanjat.

“Bukan kaulah! Hish!” Sarah berlalu pergi dalam keadaan marah dengan sifat Chen yang tidak serius langsung.

Manager Sis hanya memerhati gelagat semua pekerjanya yang sedikit sebanyak memberi seri kepada hidupnya. Dia tidak mahu terikat dengan kisah silamnya yang hitam pekat tanpa seri dan warna. Kembali ke Malaysia juga merupakn satu keputusan yang berani buatnya namun setelah lima tahun berlalu dia kini yakin dengan keputusannya itu. Dia gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience