BAB 4

Romance Completed 1502

Setelah berjalan selama 10 minit, Rizman berjaya sampai di perhentian bas untuk pulang ke rumahnya dengan menaiki bas.

Kepalanya berdenyut-denyut bagai nak pecah mungkin kesan daripada berjalan dalam keadaan hujan lebat. Seorang perempuan berbekalkan sekaki payung melabuhkan punggungnya di sebelah Rizman. Rizman tertarik untuk melihat jam tangannya, 12.00 malam.

Dirinya terasa seriau tambahan lagi malam ini merupakan malam Jumaat. Perempuan itu kelihatan tenang tanpa membuat sebarang pergerakan selama lima minit mereka menunggu bas.

Keadaan menjadi semakin aneh apabila mereka berdua menaiki bas yang sama walaupun Rizman sangat mengenali sesiapa yang naik di perhentian bas ini namun tidak bagi perempuan ini seperti dia mengekorinya sahaja.

Sempat Rizman melelapkan matanya bagi mengurangkan tekanan akibat dibuang kerja dan diperangkap oleh permainan yang tidak berasas oleh anak bos itu.

Setelah 30 minit akhirnya Rizman tiba di destinasinya, Pangsapuri Murni. Perempuan itu turut turun di situ bersama-sama dengannya. Mereka menaiki lif ke tingkat 13.

Suaranya untuk bertanya bagaikan tersekat dek sakit kepalanya semakin kuat. Dia merasakan Pangsapuri Murni begitu sunyi daripada biasa.

Apakah? Akhirnya, pintu lif terbuka untuk membolehkan mereka keluar dari perutnya.

“Rumah awak yang mana?” perempuan itu akhirnya membuka mulut.

“132… yang kedua itu. Awak?” Rizman menjawab.

“Nampaknya kita akan berjumpa lagi selepas ini,” perempuan itu membalas seraya pintu lif itu tertutup. Rizman sempat melihat perempuan itu senyum dengan bibirnya yang merah delima itu sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya.

Lif itu membawanya turun ke tingkat paling bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience