BAB 8

Romance Completed 12075

Hatiku jadi tenang seketika selepas keluar daripada masjid lima minit yang lalu. Alhamdulillah. Selesai juga solat Asar tadi. Dan sekarang aku kembali termenung depan masjid. Tempat biasa. Macam selalu. Haha. Perhati orang lepas tu tersenyum. Haih.

Tiba-tiba ada seorang makcik mengambil tempat di sebelah aku. Aku hanya berbalas senyuman dengan dia. Aku perasan tadi ada seseorang bersama makcik ni. Maybe anak dia kot?

“ Nak ni dari mana?”

Aku tersentak mendengar soalan itu. kemudian aku tersenyum.

“ Dari KL makcik. Makcik pula?”

“ Dekat-dekat sini je. makcik tengah tunggu anak makcik. Dia tunggu isteri dia.”

Aku hanya mengangguk tanda faham.

“ Kamu datang sini dengan siapa? Suami?”

Aku tersentak. Aku pandang makcik tadi dengan senyuman yang dibuat-buat.

“ Macam mana makcik tahu?” Even salah aku tetap tanya.

“ Tu. Cincin kamu tu. Makcik agak je.”

Aku terus tunduk memandang jari manisku itu. Tak sangka aku still setia memakai cincin ni.

“ Kamu ada masalah ke nak?”

Aku tersenyum mendengar soalan makcik tu. Masalah memang banyak. Tapi, masalah yang satu ni susah sangat nak terima.

“ Gaduh dengan suami?”

Okay. Kali ni aku terus terdiam. Gila makcik ni. Boleh baca hati orang ke macam mana?

“ Erk. Lebih kurang la.”

Aku tergaru-garu keningku yang tidak gatal itu.

“ Nak.. Makcik nak pesan sikit. Tempat isteri di sisi suami. Kalau ada masalah cuba selesaikan baik-baik. Buang ego. Saling mempercayai. Jangan terlalu ikutkan perasaan sangat. Takut memakan diri. Dan kamu juga kena ingat, syurga di bawah tapak kaki suami. Apa saja kamu buat perlu dapatkan keredaan suami. Suami tu pelindung kita tau. Kalau ada masalah, jangan terus lari dan tuduh suami. Cuba bincang elok-elok. Makcik yakin kamu mesti nak rumahtangga bahagia kan? Jadi, cubalah bawa berbincang. Anak makcik dah keluar. Makcik pergi dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Aku terdiam dan cuba mencerna kata-kata makcik tadi. Sungguh! Aku macam baru lepas kena tembakan. Sentap sangat! Memang. Dari hari pertama aku dah berkasar dengan suami sendiri. Lari dari rumah dan meninggikan suara. Ya Allah. Aku isteri yang teruk. Nusyuz ke aku? ya Allah. Ampunkan aku.

Terus air mataku mengalir saat mengingatkan dosa-dosa aku terhadap suami. Emir. Maafkan saya. Saya terlalu ikutkan hati. Kerana terlalu marahkan papa sampai awak pun kena tempiasnya. Maafkan saya Emir.

Hampir setengah jam juga aku meluahkan perasaan dekat situ sebelum aku bergerak balik ke hotel. Aku dah tak ada mood nak berada dekat sini. Maybe aku patut balik KL. Mama. Darmia tak kuat.

“ Darmia.”

Aku yang baru nak masuk ke bilik tersentak saat namaku dipanggil. Terus aku menoleh ke belakang. Emir!

“ Darmia. I’m sorry.”

Dia mendekatiku dengan senyuman kecil.

“ Saya dah banyak sakitkan hati awak. I’m sorry. Saya Cuma nak terbaik buat kita berdua.”

Aku mengetap bibir. Air mata yang baru nak kering tadi kembali mengalir. Tanpa berlengah, aku pantas memeluk dirinya.

“ Saya yang salah. Saya isteri yang teruk. Maafkan saya awak. maafkan saya!”

Menangis aku dalam pelukan dia. dan aku dapat rasakan pelukan aku makin erat. Sesaat kemudian aku terdengar pula esakan kecil daripada dia. dia menangis?

“ Saya pun minta maaf. Saya seharusnya pergi jumpa awak dulu. Tapi papa awak larang. Maafkan saya awak. Saya Cuma nak bahagiakan awak.”

“ Kenapa hidup saya macam ni? Saya memang seorang yang tidak pandai untuk bersyukur.”

“ Syuhh! Jangan cakap macam tu. awak kena reda Darmia.”

Akhirnya, kami terus berdiam diri. Hanya kedengaran sesekali esakan kecil daripada aku. Kami berada dalam keadaan berpelukan sampailah aku lega. Barulah aku meleraikan pelukan. Aku mendongak melihat dia. aku tersenyum kecil.

“ Awak tak perlu menangis.”

Aku seka air matanya perlahan. Dia pun sama. Akhirnya kami berbalas senyuman.

“ benarkan saya ketuk pintu hati awak? benarkan saya curi hati awak? benarkan saya jadi seorang suami yang awak inginkan?”

Aku tak perlu menjawab. Sebab senyuman ini sudah menjawab segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience