BAB 3

Romance Completed 12075

Aku cuba membuka mata. Kepalaku terasa berat sangat dan terasa sakit. Perlahan-lahan aku membuka mata dan memerhati sekeliling. Eh! Dalam bilik? Siapa yang bawa aku ke sini? Aku bangun duduk. Aku pegang kepalaku. Sakit! Berpinar-pinar mataku cuba mengawal rasa sakit ni.

“ Dia dah sedar ke belum?”

Aku terdengar suara orang bercakap dari luar bilik. Aku bangun dan menuju ke arah tingkap. Ada dua buah kereta yang cukup aku kenali. Tapi rumah ni? Rumah siapa?

Tiba-tiba pintu terkuak dari luar. Muncul seorang wanita yang sedang tersenyum menuju ke arah aku. Aku kembali duduk dibirai katil bila rasa pening.

“ Awak dah sedar?”

Aku menoleh melihat ke arahnya.

“ Saya di mana ni?”

Aku pandang wanita yang manis bertudung itu. Aku baru tersedar. Aku pegang kepalaku. Alhamdulillah. Masih bertudung. Lega.

“ Jangan risau. Awak selamat. Sekarang awak pergi bersihkan diri. Lepas tu solat. Dah pergi.”

Belum sempat aku nak bertanya lebih lanjut, tubuhku terlebih dahulu ditolak masuk ke dalam bilik air. Dengan separuh rela aku menurut saja. Selepas membersihkan diri aku solat. Meminta keampunan daripada Allah dan mendoakan agar roh mamaku dicucuri rahmat. Selesai solat, aku terus duduk di birai katil. Aku perhati sekeliling. Kat mana aku ni?

“ Dah solat?”

Wanita tadi muncul bersama baju ditangan. Aku hanya mengangguk. Memandangkan dia perempuan so aku buka tudung.

“ Sekarang awak pergi pakai baju ni. saya tunggu dekat sini.”

Dahiku berkerut. Ha? Nak aku pakai baju kurung putih cantik ni? Gila?

“ untuk apa?”

“ Pakai je. cepat.”

Dengan keadaan tertanya aku hanya menurut. Bila dah tukar ke pakaian itu aku melihat cermin. Cantiknya baju ni.

“ You looks so beautiful.” Dia memuji bersama senyuman. Aku hanya terdiam tapi masih mengukirkan senyuman kecil.

“ Okay. Sekarang duduk sini. Saya nak makeup awak sikit. Lepas tu baru pakai tudung.”

Serius. Aku langsung tak tahu apa yang terjadi sekarang ni. tapi kenapa aku turut je apa yang dia kata? Maybe sebab dia baik? Entahlah!

“ Okay siap.”

Aku terpegun melihat wajahku yang selesai dihias dan berselendang itu. Betul ke ini aku? Cantiknya. Tak percaya.

“ Awak tak perlu make up lebih sebab awak memang cantik. Beruntung dia dapat awak. okay. Awak tunggu sini kejap. Saya nak turun kejap. Nanti saya naik balik.”

Belum sempat aku nak bertanya lebih lanjut, dia sudah berlalu. Aku mengeluh kecil. what happen? Apa benda yang aku sedang buat ni? aku ternampak telefon bimbitku. Arh! Along! Aku kena telefon dia. cepat-cepat aku dail nombor along. Tapi sayang. Tidak berjawab. Aku call pula angah dan adik. Still sama! Mana mereka ni?!

“ Darmia.”

Aku terus menoleh ke arah pintu bila namaku dipanggil. Wanita tadi tersenyum ke arahku.

“ Jom ikut akak.”

Tanpa banyak songeh, aku hanya mengikut. Aku menuju ke arah tangga dengan berhati-hati kerana baju ni labuh sikit. Bila aku mendongakkan kepalaku. Aku terkedu. Aku kaku terus pada anak tangga terakhir. Aku terus menoleh ke arah wanita tadi. Dia still memberikan senyuman. Dahiku dah mula berkerut. Apa ni?

“ Ardini Darmia.”

Aku tersentak. Aku menoleh ke arah suara itu. Papa!

“ Apa ni?”

Aku dah mula ingin membentak. Tapi tak jadi bila aku ternampak kelibat along, angah dan adik. Aku terkedu lagi sekali. Mereka bertiga mendekati aku dengan senyuman nipis. Aku pandang pula sekeliling. Ada ramai orang dan ada tok kadi? What?

“ Okay. Enough! What do you want from me papa?” Aku dah mula marah.

“ Darmia.”

Along mendekatiku dengan gelengan.

“ What? Eh! Darmia tak fahamlah! Apa ni? boleh tolong explain tak?”

Aku menepis tangan along yang ingin menyentuhku itu. aku pandang mereka bertiga dengan renungan tajam.

“ Papa nak kamu turun dulu. Biar majlis ni selesai dulu. Lepas tu baru boleh kamu nak tanya apa-apa pun.”

Hatiku menjerit geram bila mendengar kata-kata papa yang berbaur arahan itu. Air mataku dah bergenang.

“ Darmia. Ikut angah sayang.”

Semua mata dah memandang ke arah kami. Mahu tak mahu aku mencapai tangan angah lalu turun ke bawah. Aku didudukkan di atas satu bantal yang khas untuk pengantin perempuan. Weh! Aku nak kahwin dengan siapa ni weh?!

“ Darmia.”

Aku renung dalam mata angah. Aku inginkan penjelasan!

“ ikut cakap angah sayang. Kamu kahwin ye? Ikut kata papa sayang.”

Aku terkedu. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu putih yang sedondon denganku duduk di depan tok kadi. Aku menggeleng tanda tidak percaya. Air mataku dah mula mengalir ke pipi.

“ Jangan nangis sayang. Along percaya dia mampu jadi suami yang terbaik buat kamu.”

Sekali lagi, hati aku dah menangis. Aku nak menjerit tapi entah kenapa suara aku tak nak keluar. Akhirnya, aku hanya mampu melihat dengan hati yang sedih. Wanita yang tolong siapkan aku tadi mengelus lembut bahuku.

“ Sabar sayang. Akak tahu papa kamu nak yang terbaik buat kamu.”

Akhirnya aku menangis dalam diam.

“ Aku terima nikahnya Ardini Darmia…”

Aku memejamkan mataku erat. Ya Allah. Apa yang sedang terjadi ni? Kenapa aku mesti dikahwinkan dalam keadaan yang aku tidak rela macam ni? Kenapa Ya Allah! Kenapa? Mama! I really need you! Need you!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience