BAB 12

Romance Completed 12075

Sebulan kemudian…

“ Sayang!”

Aku ketawa terbahak-bahak selepas berjaya mencurahkan air pada dia. Haha. Ambik! Tadi kacau sangat aku basuh kereta. Sekarang aku kacau dia pula.

“ Werk! Haha. Padan muka abang!”

“ Nak kena ni!”

Aku terus berlari mengelilingi kereta saat dia mula mengejar.

“ Arh! Tolong!”

Entah di mana silap aku, aku hampir saja jatuh tergelincir. Tapi, bila aku rasa ada sesuatu yang menahan aku daripada jatuh, aku terus membuka mata. Dan aku terus terkedu saat wajah itu dekat sekali dengan wajahku.

“ lain kali buat lagi dekat suami macam tu ye sayang?”

Aku tersengih kecil. aku pantas tolak dadanya agar aku dapat berdiri semula. Tapi, dia tetap keraskan badan dia. ini yang buat aku geram ni.

“ Abang! Orang nak basuh kereta la!”

“ Abang tak nak lepas. Siapa suruh balas dendam dekat abang tadi.”

Aku merengus geram. Itu pun nak ambil hati. Belum sempat aku nak berbuat apa-apa, badanku terus dicempung.

“ Eh! Eh! Abang! Turunkan saya cepat!”

Tapi dia terus bawa aku masuk ke dalam rumah dan letakkan aku pada sofa. Aku kerling dia dengan renungan yang tidak puas hati. Tersengih je dia tahu.

“ Sayang comel sangat ni kenapa?”

Cup! Aku terkedu. Tak fasal-fasal pipi aku kena cium.

“ Dah! sambung kerja!”

Terus aku bangun untuk keluar. Malu weh!

“ Sayang.”

Tiba-tiba tubuhku dipeluk daripada belakang. Itu juga mematikan langkahku untuk terus melangkah. Debaran jangan cakaplah. Dah memuncak ni.

“ I love you. Really love you. Thanks for everything Darmia.”

Aku tersenyum bahagia. Terus aku meleraikan pelukan dan memusingkan badan ke arahnya. Aku melawan panahan matanya yang redup itu.

“ I love you to Encik Emir Ilham. Terima kasih juga sebab dah berjaya ketuk pintu hati saya.”

Aku terus mengucup bibirnya dengan pantas. Lepas tu aku terus berlari keluar daripada rumah. Wuargh! Malu! Pertama kali buat macam tu! selalu dia yang mula! Oh My Godness!

“ Sayang.”

Nak lari konon tapi dia sempat kejar. Sampai dia matikan langkah aku dengan kucupan di pipi. Lepas tu di dahi. Lepas tu. Erk!

“ I love you more.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience