BAB 1

Romance Completed 12075

Di bawah sinaran rembulan ini,
Aku duduk sendiri mengenangkan sebuah kehilangan.
Apakah aku akan mengecap lagi nikmat bahagia atau apakah aku akan bersendiri meratapi nasib?

Langkahku lesu tatkala melangkah ke biik yang tidak berpenghuni. Melilau mataku melihat sekeliling bilik. Tidak semena-mena perasaan sebak datang menghempas diriki sekali lagi. Tak dapat dibendung lagi walau sekuar mana ku gagahi, air mata mengalir jua ke pipi.

“ Mama, rindu…’’

Aku duduk di birai katil dengan hati yang pedih. Sakit. Dan kecewa. Bila mengingatkan punca mama aku meninggal, air mataku makin laju mengalir. Ya Allah. Kenapa papa kejam sangat? Kenapa papa buat mama macam ni?

Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu membuatkan aku pantas menyeka air mataku. Aku menoleh ke arah pintu. Berdirinya seorang lelaki yang bergaya dan berkarisma di situ. Wajahnya beriak tenang. Kakinya perlahan mendekatiku. Bila dia berdiri tepat dihadapanku, tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.

“ I know you want to cry. Just cry girl.”

Akhirnya, dalam pelukan itu, aku menangis semahu-mahunya. Aku dah tak dapat menanggung kesakitan ini. Aku tak sanggup. Hampir 10 minit juga aku menangis sebelum aku meleraikan pelukan. Air mataku seka perlahan.

“ Dah?”

Aku mengangguk dengan senyuman. Dia siapa? Itulah abang sulung aku. Khairul Ikhwan namanya. Aku ada dua orang abang dan seorang adik. Semua lelaki. Aku je bunga dalam family ni. Tapi yang paling memahami mestilah si Khairul ni.

“ Jom ikut along ke bawah.”

“ Along pergi dulu. Nanti Darmia menyusul.”

“ Okay. Tapi jangan lama-lama tau.”

Selepas kepalaku diusap, dia terus berlalu. Aku melihat sekali lagi bilik yang pernah didiami oleh mama aku dulu. Tapi kini, dia telah pergi buat selama-lamanya. Mom. I miss you so much.

Bila dah aku rasa agak lama, aku terus keluar. Pintu bilik ditutup dengan perlahan lalu aku melangkah perlahan ke arah tangga. Dari atas aku sudah nampak abang-abang dan adikku berkumpul di ruang tamu. Cuma satu je kurang. Mama. Ya Allah.

“ Kenapa ni along?”

Aku ambil tempat di sisi along. Aku tengok wajah-wajah yang telah banyak memberikan kekuatan buat diri aku. Dari sisi aku Khairul Ikhwan. Kedua pula yang duduk di depan aku yang diberi nama Afiq Amri dan satu-satunya adik lelaki aku yang baru menghabiskan pengajian di UITM dalam bidang diploma engineering iaitu Izwan Amir. Mereka semua adalah kekuatan aku selepas mama pergi.

“ Kalau along cakap ni Darmia jangan marah ye.”

Aku menoleh memandang along. Dahiku berkerut.

“ Darmia.”

Suara abang ku Afiq pula kedengaran.

“ Apa angah?”

“ Papa. Dia nak jumpa kita.”

Dengar je kata-kata tu aku terus berdiri. Aku tersenyum sinis. Kepalaku geleng tanda tidak percaya.

“ Jumpa? For what? Nak sakitkan hati kita lagi? Cukuplah apa yang dia dah buat pada mama!” bentakku geram.

“ Darmia.”

Aku menggeleng kesal. Aku tak sanggup nak jumpa dia. Even dia ayah kandung aku. Tapi selepas apa yang dia buat dekat mama? Impossible aku boleh maafkan dia. Impossible!

“ Tolong Darmia. Walaupapun yang terjadi dia tetap papa kandung kita. Darah daging kita.” Suara angah dengan penuh mengharap.

Aku tersenyum sinis. Aku meraup rambutku kasar.

“ Angah cakap senang! Angah tahu tak apa yang jadi pada mama time tu? Darmia je yang ada time tu. Darmia tengok semuanya tau tak? Darmia tengok betapa seksanya mama cuba bertahan sakit tu. tapi papa? Apa yang dia buat? Dia langsung tidak menghiraukan mama! Dia tahu mama lemah, tapi dia tengok je! Dia terus tinggalkan mama macam tu bila mama nak minta maaf.”

Aku menunduk dengan perasaan kesal. Aku terduduk di sisi along dengan gelengan.

“ Kalau along, angah dan adik nak jumpa dia. Pergilah. Darmia takkan halang.” Balasku dengan senyuman hambar.

“ Darmia?”

Aku menggeleng lalu melangkah ke arah tangga.

“ Darmia tak nak pergi. Darmia perlukan masa. Pergilah. Kirim salam je lah dekat dia.”

Terus aku berlari masuk ke dalam bilik. Tolonglah! Aku tak nak jumpa dia! mama! I need you!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience