BAB 13

Romance Completed 12075

Aku memandang satu persatu wajah yang sedang tersenyum di depan aku saat ini. Mula daripada Khairul Ikhwan, Afiq Amri, Izwan Amir dan satu-satunya insan yang membuatkan aku lahir ke dunia ini iaitu papa yang tersayang.

Selepas along dan angah menjelaskan semuanya tu, kami terus bergerak ke rumah papa. Menangis-nangis jugalah aku time tu. minta ampun pada papa. Sampai semua orang terjangkit. Haha. Aku kan ratu cengeng. Tapi alhamdulillah. Dah selesai semuanya. Papa pun dah semakin sihat.

“ Sayang?”

Ini seorang lagi insan yang paling aku sayang. Suami tercinta. Terima kasih dekat papa. Kalau tidak kerana papa aku takkan bersama dengan Emir. Aku bahagia. Alhamdulillah.

“ Yes?”

“ Kenapa asyik berdiri dekat sini? Tak nak join dekat luar ke? Ke sayang penat?”

Aku pantas menggelengkan kepalaku.

“ Saja. Nak tengok dari dalam pula. Seronok tengok along happy dengan isteri baru dia.”

Hari ini merupakan hari pernikahan along. Alhamdulillah. Along berjaya jumpa wanita yang boleh buatkan dia angau. Haha.

“ Sayang tak happy ke?”

“ Mestilah happy. Kenapa tak happy pula?”

Aku menjeling dia manja. Dia tersenyum lantas memeluk aku daripada belakang.

“ Yela. Kita ni kan suami ekspres.”

Aku tergelak besar.

“ Ekspres pun tetap sayang. Kan?” Dugaku lantas tersengih.

“ Thanks tau sayang.”

Pipi ku pula menjadi mangsa cubitannya. Nasib cubit-cubit manja je.

“ ye. Jomlah keluar. Apa pula kata diorang nanti.”

Terus aku tarik tangan Emir ke luar rumah.

“ Ha! Tu pun Darmia.”

Aku mendekati along dan kakak ipar baru ku itu. manis sangat aku tengok. Pandai along pilih.

“ Kenapa? Macam terdengar nama Darmia je tadi.”

Aku terus duduk di sisi adik. Well. Mesti korang nak tahu apa jadi dekat lagi dua orang adik-beradik aku ni. Afiq sekarang tengah sambung study dalam bidang PHD. Tapi dengar kata bulan depan akan berkahwin dengan pensyarah dia. Haha. Lucu kan? Adik aku pula si Izwan tu tengah bekerja. Dan yes. Mestilah dah ada buah hati. Minggu depan tunanglah dia. Papa? Alhamdulillah. Makin sembuh dan sedang berusaha bersama-sama dengan along memajukan syarikat papa.

Emir? Dia setia bekerja di syarikat papa. Tapi dah dinaikkan pangkat lol. Haha. Aku? Aku still dengan kerjaya aku sebagai pengajar dekat kolej. Kih Kih Kih. Ha! Kawan aku si Meen tu dah pergi luar negara. Sambung study.

“ Eh! Orang tengah cakap dia boleh lagi termenung.”

Aku tersentak. Bila semua tengok aku, aku tersengih.

“ Apa along cakap tadi?” Soalku dengan rasa malu. Hehe.

“ Tula. Berangan lagi. Along kata lepas ni giliran angah pula nak kahwin. Tapi sebelum tu boleh dapat anak buah dulu kot dari Darmia.”

Aku terus mencerlung ke arah along. Semua di situ dah ketawa besar dengan permintaan along.

“ Kau dah gila along? Baru kahwin nak masuk 3 bulan.” Bidasku geram.

“ Ala. Sayang. Kalau rezeki tak ke mana kan?” Suara Emir pula.

“ Betul.”

Sekali lagi kami semua ketawa.

“ Okaylah. Along nak jumpa kawan-kawan kejap. Jom sayang.”

Lepas along pergi, angah dan adik pun bangun. Maybe nak jumpa kawan. Cuma papa still duduk dengan kami.

“ Papa bangga tengok semua anak papa bahagia.”

Aku dan Emir tersenyum kecil.

“ Alhamdulillah papa.”

“ Emir. Terima kasih bahagiakan Darmia. Papa tahu papa boleh percayakan Emir.”

“ Sebab Emir pun sayangkan isteri ni pa.”

Aku tersengih mendengar jawapan Emir.

“ Alhamdulillah. Eh! Ada tetamu tu. papa pergi layan mereka dululah.”

Hilang je kelibat papa daripada pandangan. Aku terus berura-ura nak bangun tapi tak jadi bila tanganku disentuh lembut oleh sang suami.

“ Kenapa bang? Nak something ke?”

Emir menggeleng. Matanya suruh aku duduk je. so, aku kembali duduk.

“ Abang bahagia. Thanks sangat-sangat.”

“ Saya pun.”

“ Bila along sebut fasal anak tadi. Bila kita boleh dapat anak erk?” Usiknya dengan senyuman nakal.

Aku terus tampar perlahan lengan dia. tampar manja la katakan.

“ Mengada!”

“ Mengada dengan sayang je.”

Aku mencebik. Terus aku bangun untuk berlalu. Tapi dia lebih cepat bertindak dengan memberi kucupan pada pipiku dan terus mematikan langkahku untuk melangkah.

“ Love you.” Bisiknya perlahan lantas berdiri tepat di depanku.

“ Love you more.”

Selepas itu aku terus berlalu. Malu! Mana tak malu bila aku berikan dia hadiah pada pipi. Haha. Kejam aku! buatkan dia terkejut. Tapi serius. Aku bersyukur sangat dengan kehadiran dia. Emir Ilham. Thanks and love you my husband. Terima kasih sebab berjaya ketuk pintu hati saya yang keras ni. Hehe.

Di bawah sinaran rembulan ini,
Aku duduk sendiri mengenangkan nikmat dan kebahagiaan yang bertalu-talu datang,

Apakah aku harus menerima ini sebagai anugerah atau aku harus bersiap-sedia menempuh sebarang kebarangkalian andakata segala ini satu demi satu perlahan-lahan terlepas dari tanganku?

Arhh mengapa aku harus mempersoalkan kerja TUHAN?

Kerja ku adalah beramal dan berdoa, mengapa tidak aku mensyukuri segala nikmat ini dan percaya saja bahawa segala tangisan dan doa ku sampai ke langit dan didengari olehNYA?

Sinaran rembulan menemani kegelapan, aku tak rasa takut kerana esok, matahari pasti terbit dan aku kini tak lagi sendiri kerana ada si dia yang menemani.

TAMAT.

Apakah aku akan mengecap lagi nikmat bahagia atau apakah aku akan bersendiri meratapi nasib?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience